“Babah dan mama sayang kamu sangat” Happy birthday Tunku Khalsom

2,663 views

Siapa yang tak kenal dengan nama TMJ atau Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

TMJ terkenal menerusi perjuangannya dalam bidang bola sepak dan pasukan miliknya iaitu Johor Darul Takzim atau JDT kini amat berjaya di dalam dan luar negara.

Boleh dikatakan TMJ telah mencetuskan fenomena tersendiri dalam dunia bola sepak tanah air.

Dalam perkembangan lain, TMJ telah menyambut hari kelahiran ke lima puteri sulungnya, Tunku Khalsom Aminah yang lahir pada 25 Jun 2016.

Majlis hari lahir puteri TMJ itu di muatnaik melalui laman Facebook miliknya. Diruangan caption, TMJ mengucapkan selamat hari lahir dan mengatakan rasa sayang pada puterinya itu.

Happy birthday to my beloved daughter, Khalsom. Semoga Allah akan sentiasa memberkati dirimu, Lili. Babah and mama love you very much,” Itulah yang ditulis oleh Tunku Ismail.

Ada beberapa keping gambar dimuatnaik menunjukkan TMJ dan isteri, Che Puan Khaleeda bersama tiga orang cahaya matanya sedang bergambar bersama kek birthday khas buat Tunku Khalsom.

Kek berkenaan ternyata amat cantik sekali dengan mempunyai patung berbentuk princess di atasnya.

Menjengah ke Instagram milik Che Puan Khaleeda, ada sekeping gambar Tunku Khalson dimuatnaik olehnya dengan caption ucapan selamat hari jadi dari Che Puan Khaleeda.

Selamat hari jadi kepada my first born. Satu hari kelak, kamu akan dapat baca mesej ini dan saya mahu kamu ketahui bahawa mama loves you very much. Since the day you were born, you have been such a great delight.

I look forward for your morning kisses. Semoga Tuhan akan jaga kamu dan memberi keredhaan kepada kamu di dunia dan akhirat.

TMJ dan Che Puan Khaleeda mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan mempunyai empat orang cahaya mata. Yang sulung Tunku Khalsom Aminah, yang kedua Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar, yang ketiga Tunku Abu Bakar Ibrahim dan paling bongsu, Tunku Zahrah Zarith Aziyah.