“Soalan ‘bila nak ada anak’ amat sensitif, saya memang inginkan anak” Aprena

4,134 views

Kisah yang melanda Elizad masih belum mempunyai zuriat walau dah berkahwin 6 tahun, turut dirasai oleh rakan pelakon Aprena Manrose.

Aprena kini dah empat tahun berkahwin dengan suaminya, Mohd Afiq dan seperti Elizad, Aprena juga masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.

Kadangkala pelakon ini turut rasa pressure kerana sering ditaanya tentang anak.

Namun, keadaan dan mental dirinya masih terkawal dan belum pernah pressure seperti yang dilalui Elizad.

Pelakon ini akui dia terkesan melihat apa yang berlaku kepada Elizad: “Saya rasa kesian dan sedih apa yang terjadi pada Elizad. Saya tak kena macam tu. Setakat ni ramai yang tanya ‘bila nak ada anak’ itu saja.

Ini komen dari Aprena atau nama penuhnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman melalui laporan Kosmo.

Semestinya akan rasa pressure sebab masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.  Saya memang nak anak, namun masih belum ada rezeki lagi. Saya percaya percaturan dari Illahi. Syukur, alhamdulillah, ramai bagi kata semangat dan doa yang baik pada saya.

Tentang perkembangan dirinya, Aprena kini telah ambil inisiatif untuk buat rawatan kesuburan di pusat perubatan swasta.

Dengan adanya perintah kawalan pergerakan ini, ianya merupakan masa yang sesuai untuk kami fikir tentang zuriat. Saya dah jalani rawatan kesuburan di sebuah hospital swasta pada bulan lepas dan sedang diteruskan pada bulan ini.

Sekiranya saya berjaya mendapatkan zuriat, saya akan cerita rawatan yang saya jalani. Saya berdoa agar dapat cahaya mata.

Selain itu, Aprena manrose juga dilihat tampil memakai tudung, dan hadir ke satu sidang media turut bertudung.

Jelas pelakon berumur 28 tahun ini, dia sedang belajar sejak bulan Ramadhan yang lepas.

Yes, saya sedang belajar untuk berhijab. Namun saya tidak mahu cakap apa sangat. Sebab kita manusia tak tahu masa depan. Saya juga masih terima tawaran lakonan yang menampilkan watak tak bertudung kerana saya sudah dijanjikan sebelum ini.

Sekiranya perkara itu berlaku dah berhijab sepenuhnya, saya yang akan beritahu kepada semua, minta doakan buat saya.

Aprena Manrose merupakan adik kepada Oktavia Manrose dan sepupu kepada Uqasha, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.