“Pelik, bila ustaz Ebit okey, tapi bila saya buat, netizen kata tak boleh” Alha Alfa

1,962 views

Usahawan yang juga jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa ada muatnaik satu video menunjukkan dirinya memberi bantuan kepada merek ayang memerlukan.

Antaranya ialah golongan orang kelaianan upaya atau oku dan juga peniaga tepi jalan.

Namun Alha Alfa tak sangka, netizen tidak menerima video berkenaan dan menyatakan rasa kurang senang dengan perbuatannya merakam video berkenaan.

Terkesan dengan komen orang ramai, Alha Alfa akhirnya memadam video berkenaan. Namun beliau ada bertanya kenapa Ustaz Ebit Lew atau program seperti Bersamamu merakam, ianya bolah dan dapat diterima oleh netizen.

Saya sebenarnya ada rasa pelik juga, bila ustaz Ebit Lew tunjuk yang ada dia tolong orang malah ada program TV seperti Bersamamu yang tunjuk memberi bantuan kepada golongan susah, yang itu boleh pula orang ramai terima. Nemaun, bila saya, kena komen macam-macam pula.

Video tu sebenarnya dapatlah tarik ramai lagi orang untuk bantu golongan susah. Jika saya buat diam-diam, nanti ada yang kata saya tak pernah nak beri bantuan pula. Nanti kata dah kaya, tayang kereta rumah tapi tak ada bantu orang lain.

Datuk Alha Alfa akui, emamng ramai yang menulis komen menyatakan tak perlu nak rakam jika beri bantuan sebab aibkan penerima.

Saya ada ternampak sesetengah artis muat naik status kata jangan jadikan orang dalam kesusahan sebagai content.

Ada netizen yang komen larang saya buat content macam gitu. Tapi niat saya upload video tu bukan nak viral atau mahu aibkan orang susah. Ia sekadar video tunjukkan perkara yang saya buat hari-hari.

Secara tak langsung, apa yang saya buat tu akan beri kesedaran untuk ramai lagi orang turun beri bantuan pada mereka yang memerlukan.

 Ini pula antara luahan Alha Alfa setelah delete video tersebut.

Apapun terima kasih kepada Datuk Alha Alfa yang turun memberi bantuan kepada mereka memerlukan bantuan, memang keadaan ketika ini ramai yang terkesan.