Aaisyah Dhia Rana sunyi, nak adik

5,247 views

Anak bongsu kepada pasangan pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana kini dah pun masuk ke umur 8 tahun dan akan tepat berumur 9 tahun pada bulan 11 nanti. 

Di usia 8 tahun ini, Aaisyah Dhia Rana telah meminta ibu bapanya itu untuk dapatkan anak lagi. 

Kata Zain Saidin, Aaisyah selalu bertanya, sebab dia nakkan adik sebagai teman untuk dirinya. 

“Dia tu sekarang sunyi, lonely. Dia tak ada kawan. Jadi saya yang jadi kawan kepada dia. Ye lah abang-abang dia semua dah dewasa. Tapi kalau sebagai ibu bapa ni, masih ada limit untuk jadi sebagai kawan dia. Contoh kalau dia nak main patung dan sebagainya.” 

“Dah tentu Aaisyah kadang-kadang dia ada mention tentang soal nak adik itu. Kerana sekarang ni dia hanya ada abang yang sudah besar jadi dia sunyi tak ada kawan.”  

“Sampaikan pernah satu tahap dia minta adik yang sama umur dengannya supaya dapat bermain sama-sama sekali. Dia pernah cakap Daddy kita adopt la seorang adik angkat daddy, sama baya dengan Aaisyah.” 

Tentang zuriat, Zain Saidin tetap bersyukur mempunyai seorang anak kandung ketika ini, namun tak pernah berhenti mencuba untuk mendapatkan anak lagi.  

Walaupun masih mencuba, semuanya itu atas rezeki dari Allah saja. 

“Itu semuanya rezeki, sekarang ni saya ada seorang anak, itu pun saya dah bersyukur dan akan jaga sebaik mungkin.” 

“Saya dan isteri tak pernah berhenti mencuba untuk dapatkan zuriat akan tetapi ia bergantung kepada rezeki, kalau ada okay, sekiranya tak ada tak apa, sya bersyukur.” 

Itulah kenyataan dari Zain Saidin tentang anak dengan isterinya Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa dengan nama Che Ta.