Datin Anne Ngasri terima pingat dari yang Dipertuan Agong

8,314 views

Semalam, pada tarikh 21 Julai 2023, adik kepada Bell dan Darling Ngasri iaitu Anne Ngasri telah menerima pingat darjah kebesaran dari Yang Dipertuan Agong Malaysia iaitu, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin. 

Menerusi satu hantaran di laman media sosial, kakak Anne iaitu Darling mengatakan adiknya itu telah menerima pingat KMN iaitu Darjah Kesatria Mangku Negara di Istana Negara. 

Ini kenyataan dari Darling Ngasri. 

“Ucapan setinggi-tinggi tahniah buat adindaku iaitu Datin Hajah Anne Ngasri di atas pengurniaan Darjah Kesatria Mangku Negara (K.M.N) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai 2023.” 

“Terus menabur bakti untuk agama, bangsa dan negara sebebnya sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat.” 

Dalam pada itu Anne Ngasri kemudian mengucapkan lafaz kesyukuran di atas kurniaan itu. 

Ini kenyataan dari Anne Ngasri atau nama penuhnya Naszriah Ngasri. 

“Pada 2 Muharam tahun 1445 hijrah bersamaam 20 Julai 2023, saya amat bersyukur dengan izin dan limpahan kurniaan dari Illahi.” 

“Semoga Allah akan merahmati pemerintaah oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang memayungi seluruh rakyat.”  

“Patik menjunjung kasih serta kurnia dan akan terus bekerja keras menabur bakti demi agama, bangsa dan negara yang disayangi.” 

Anne Ngasri telah hadir ke majlis itu ditemani oleh kakaknya Darling Ngasri. 

Selain itu, Bell Ngasri juga mengambil kesempatan dengan memberi ucapan tahniah kepada Anne Ngasri. 

Bell Ngasri sempat juga berlawak dengan mengatakan adiknya itu macam budak terima anugerah.  

Ini tulis dari Bell Ngasri. 

“Macam budak-budak dapat anugerah je.” 

“Tak ada sebarang kata-kata yang dapat digambarkan, hanya mampu bersyukur ke hadrat Illahi.” 

“Sebanyak Tahniah buat adik saya Anne Ngasri sebab terima pingat yang cukup istimewa dari Yang di-Pertuan Agong.” 

Selain Anne, Bell juga ucapkan tahniah kepada Darling dan baginya kedua adiknya itu lebih hebat darinya. 

“Saya pun nak ucap tahniah kepada adik saya seorang lagi, Darling Ngasri, dua-dua ni memang hebat kalau nak bandingkan dengan saya, yang abang dia ni kerja banyak merepek saja, kerja tak tentu hala.” 

Tahniah buat Anne Ngasri di atas pencapaiannya sehingga mendapat pingat dan anugerah dari yang Dipertuan Agong Malaysia.