Ada baby bump, ramai tanya tengah hamil anak ketiga ke? Akhirnya ini kenyataan Puteri Sarah

4,472 views

Ketika ini pelakon Puteri Sarah Liyana sedang diperkatakan sama ada dirinya sudah berbadan dua. 

Ini kerana isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof ini dilihat ada muatnaik beberapa keping gambar terbaru yang dapat dilihat seakan dah ada baby bump. 

Gambar terbarunya itu dimuatnaik ketika dia memperagakan pakaian dari jenama Malady Couture. 

Di ruangan komen gambar tersebut, ramai netizen dan peminat mula bertanya sama ada Puteri Sarah Liyana daha berbadan dua, kerana memang amat jelas ada sedikit bentuk baby bump. 

Ini antara soalan yang ditulis di ruangan komen di gambar berkenaan. 

“Akak kini sedang hamil sekali lagi ke?” 

“Baju dia pakai tu masuk ke dalam, nampak macam baby bump dah tu.” 

“Ini bukan tembam ni, ni dah ada isi ni.” 

Melihat begitu banyak komen bertanya tentang adakah dia kini sedang mengandung anak ketiga, akhirnya Puteri Sarah Liyana tampil menjawab. 

Dari beberapa komen, Puteri Sarah ditanya tentang hal ini dan memberi kenyataan bahawa dia belum lagi berbadan dua. 

“Saya tak hamil sekarang ni, tetapi cumanya sekarang memang badan saya agak berisi kerana saya sedang bahagia. Doakan semoga Syaikul dan Sumayyah mendapat adik lagi.” 

Dalam pada itu, Puteri Sarah Liyana akui, kedua orang anaknya itu memang nak adik lagi.  

“Sebenarnya, sejak kebelakangan ini anak saya tu selalu cakap nak adik lagi. Jadi, doakan saja yang baik-baik.” 

Dari ruangan komen juga, Puteri Sarah ada menulis komen balas kepada mereka yang bertanya tentang sama ada dia sedang hamil. 

“Saya memilih untuk tak mahu kurus sangat, sesuai berat saya sekarang ni dengan ketinggian saya.”  

“Tak nak lah diet sangat, nanti badan jadi macam sekeping je, macam batang mop. Biarlah berisi sikit dan tembam.” 

Itulah kenyataan Puteri Sarah Liyana, menafikan dirinya kini berbadan dua.