“Tiada cara lain, memang kena paksa” Pengakuan Neelofa

1,043 views

Pernah bergelar selebriti paling popular di Malaysia, Neelofa tak terus mendongak ke langit sebaliknya kembali ke jalan yang diredhai. 

Melakukan perubahan ke arah agama, Neelofa bermula dengan berhijab sebelum memakai niqab setelah bernikah dengan penceramah selebriti PU Riz. 

Kekal untuk istiqamah sehingga ke hari ini, Neelofa, 33 tahun, mendapat pujian ramai. 

Ramai juga yang bertanya kepadanya, apakah rahsianya sehingga mampu mengekalkan terus istiqamah terutama memakai niqab dan belajar agama serta melaksanakan tuntutan agama. 

Menjawab persoalan ini, Neelofa mengatakan apa yang dia buat ialah kena ada sifat paksaan, supaya kena juga buat. 

Neelofa berkata sedemikian ketika di majlis Festival Sunnah 2022 baru-baru ini. 

“Ada ramai yang tanya saya, macam mana cara nak terus beristiqamah, sebenarnya ialah dengan cara paksaan, tidak ada cara lain.” 

“Kita memang kena paksa, contohnya kenalah paksa dengar ceramah-ceramah di laman media sosial macam Youtube, benda semua ni senang, kita tidak perlu keluar rumah.” 

“Lagi satu kena paksa pegang baca Quran, kena paksa baca tafsir, jika ada rasa malas, kena paksa juga, baca tafsir pun boleh, sebab ianya istimewa, baca tafsir pun boleh ubah hati orang. Jadi paksalah.” 

Tentang menutup aurat pula, dimulakan dengan memakai tudung dulu. 

“Istiqamah ini memang merupakan benda yang paling susah sebab jika ditanya, untuk nak pakai tudung tu senang, kita decide lepas tu terus kita nak pakai tudung.” 

“Nak istiqamah secara hayati menutup aurat dengan sempurna tu merupakan cerita yang lain, another story lah.”  

“Saya bukan orang yang paling tepat nak cerita, tetapi ini dari pengalaman. Banyak paksaan dalam usaha beriman, yang penting ada yang membantu, suami dan juga teman.” 

Itulah kenyataan serta cerita Neelofa berdasarkan pengalamannya sendiri, berubah menjadi lebih baik.