“Ada suami kalau tak bahagia buat apa kak” Zarina Zainuddin kepada ibu Shila Amzah

34,121 views

Runtuh sudah perkahwinan selama 34 tahun yang dibina penyanyi Datuk ND Lala dan juga bekas isterinya Fauziah Sarman. 

Melalui beberapa kenyataan, bekas isteri ND Lala ini mengakui bahawa dirinya sudah tak mampu nak mempertahankan perkahwinannya lagi. 

Telah digantung tak bertali sejak tahun 2022, Fauziah mendedahkan bahawa ND Lala telah berkahwin lain dengan wanita bernama Munirah. 

Tambahnya, ND Lala kini hanya fokus kepada wanita berkenaan dan telah meninggalkan dirinya dan juga anak-anak. 

Kisah perpisahan antara ND Lala dan Fauziah ini mendapat perhatian ramai dan ini termasuklah dari rakan artis sendiri. 

Antara yang turut memberi komen ialah pelakon Zarina Zainuddin, 52 tahun. 

Melalui satu tangkap layar oleh portal Murai, Zarina telah memberi pendapatnya tentang kisah ini. 

Zarina memberi kata-kata semangat kepada Fauziah yang menggunakan akaun bernama Mamazie. 

Ini antara kata-kata dari Zarina kepada Fauziah yang dipanggilnya Kak Zie. 

“Sayangnya perkahwinan ini. Tuhanku yang Maha Esa, permudahkan urusan kedua mereka ini.” 

“Kalau itu dah bukan jodoh Kak Zie, berbahagialah dengan anak-anak.” 

“Pergilah ke mana yang kak mahu pergi, pergilah berjalan jauh untuk membawa diri yang sedang lara itu.” 

“Mungkin bahagia untuk Kak Zie bukan dengan suami tetapi dengan anak-anak.” 

“Saya doakan kebahagiaan buat akak.” 

Dalam pada itu Zarina juga menambah, dia pun hidup bermadu, namun sebagai isteri kedua, dia tak akan membiarkan madunya terasa hati. 

“Ada suami tapi tak bahagia pun buat apa kak, makan hati berulam jantung saja.” 

“Saya ni pun hidup bermadu, dan saya tak akan biarkan madu saya untuk rasa menderita.” 

“Jadi nombor dua ni pun sebenarnya menderita juga kak.” 

“Orang yang mempunyai suami seorang pun boleh sakit otak juga, pendek kata, lelaki is lelaki. Sayangnya hidup dah habis kau lelaki.” 

Itulah coretan dari Zarina Zainuddin kepada Fauziah Sarman sekoran perpisahannya dengan Datuk ND Lala.