“Lantak merekalah” Shila Amzah

17,224 views

Shila Amzah baru saja berkahwin dengan pilihan hatinya, Ubai. 

Namun kisah sedih melanda pula yang mana rumah tangga ibu bapanya iaitu ND Lala dan Fauziah Sarman kini telah pun runtuh. 

Sebagai seorang anak, dah tentu Shila Amzah mahu yang terbaik buat ibu bapanya dan dah tentunya itu termasuklah kebahagiaan yang dicari. 

Dengan itu, Shila Amzah berkata, jika berpisah adalah jalan yang terbaik untuk mereka cari bahagia, maka itulah yang sebaiknya.  

“Semua janganlah risau tentang mak saya, doakan yang baik-baik saja. Kerana di akhirnya, orang nak bercerai ke, kahwin ke, itu semuanya adalah jodoh.” 

“Kita sebagai anak takkan pula nak memaksa mereka untuk terus bersama. Anak-anak semua sudah besar, dah dewasa.” 

“Suka hati merekalah nak buat apa pun. Mahu mencari kebahagiaan masing-masing. Lantaklah mereka. Pergilah cari masing-masing punya kebahagiaan.” 

Shila berkata sedemikian ketika tampil membuat satu sesi siaran langsung bersama Ubai. 

Ketika live, ramai yang bertanya tentang hal rumah tangga ibu bapanya, oleh itu Shila ada memberi sedikit respon.  

Jelas Shila Amzah lagi, dah tentu dia pun rasa sedih rumah tangga yang dibina ibu bapa selama lebih 30 tahun berakhir, namun mengakui mereka pun dah mencuba.   

“Tipulah jika kami anak-anak tak ada rasa sedih namun pada masa sama, kami pun serabut tengok mereka bergaduh.” 

“Oleh itu, lantaklah mereka. Dah tak boleh nak buat apa. Jika setakat itu, maka sampai situ sajalah, mereka pun dah mencuba.” 

Itulah sedikit sebanyak kenyataan dari Shila Amzah setelah ibu bapanya kini dah berpisah. 

Kisah perpisahan antara ibu bapa Shila Amzah ini diketahui setelah Fauziah Sarman melalui laman media Mamazie, mendedahkan bahawa dirinya menerima lafaz talak dari ND Lala beberapa hari yang lepas.