Satu berita yang agak memeranjatkan ramai apabila pasangan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana dikatakan telah membatalkan majlis hari bahagia mereka.
Sepatutnya pasangan ini akan disatukan sebagai suami isteri pada minggu depan iaitu 18 Ogos 2023, namun hari ini, telah disahkan bahawa majlis berkenaan telah dibatalkan.
Majlis mereka sepatutnya berlangdung di Puncak Rimba, di Pahang.
Oleh yang demikian, ramai yang tertanya apa yang berlaku dan apa status sebenarnya Syafiq Kyle dan juga Mimi Lana ketika ini.
Menjawab persoalan orang ramai, akhirnya pengurus kepada Mimi Lana iaitu Iman Tang tampil memberi kenyataan.
Pengurus berkenaan menyatakan dua hari lepas, Mimi Lana ada memaklumkan akan hal ini kepadanya.
“Mimi ada datang berjumpa saya dua hari lepas untuk memaklumkan yang majlis pernikahannya terpaksa dibatalkan di saat akhir.”
“Saya tanya tangguh atau batal, tapi dia hanya jawab tarikh 18 haribulan tu memang tak boleh teruskan.”
Tentang puncanya, ini jawapan dari pengurus Mimi Lana itu.
“Pembatalan majlis tersebut dibuat disebabkan Mimi sedang terikat dengan jadual penggambaran, dan selain itu, ada juga beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Syafiq.”
Sebagai pengurus dan juga orang yang amat rapat dengan Mimi Lana, pengurus berkenaan turut terkejut mendengar berita berkenaan.
“Apabila saya diberitahu tentang perkara tersebut, memang saya memang terkejut. Namun saya pun tahu Mimi memang baru saja masuk set penggambaran.”
Mimi Lana kini memang sedang bekerja, dan sedang berlakon bersama pelakon terkenal Merqeen.
Iman memberitahu, Mimi ada menyatakan untuk hantar pesanan kepada para tetamu tentang makluman pembatalan majlis pada minggu depan itu.
“Mimi kemudiannya meminta saya untuk hantar mesej pembatalan kepada para tetamu yang sudah membuat RSVP untuk hadir kepada saya sebelum ini.”
Menjawab status hubungan antara Mimi Lana dan Syafiq Kyle, ini jawapan dari Iman Tang.
“Saya pun ada bertanya perkara yang sama kepada Mimi, akan tetapi dikatakan hubungan di antara mereka baik-baik saja.”
“Seminggu sebelum tu pun mereka ada keluar dan makan bersama, saya pun ada masa tu, mereka nampak okey.”
“Segala perkembangan terbaru berkenaan majlis, termasuk tarikh baharu akan dimaklumkan kelak.”
Itulah jawapan dari pihak pengurusan Mimi Lana.
Untuk info, Syafiq Kyle dan Mimi Lana dah lima tahun menjalin hubungan, namun hubungan ini ada pasang surutnya, mereka pernah putus sekitar tahun 2020, akan tetapi kini menjalin semula hubungan berkenaan.