Ada wanita cuba sondol suami Yana Samsudin, hantar mesej ketika dalam pantang

2,031 views

Satu pendedahan telah dibuat oleh Fadzil Zahari, suami kepada pelakon Yana Samsudin semalam. Dia mendedahkan bahawa ada seorang wanita yang telah mengganggu dirinya.

Fadzil Zahari telah diganggu oleh wanita berkenaan apabila mula menerima mesej di telegram pada bulan November yang lepas.

Walaupun sudah memberi tahu bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai anak, wanita berkenaan tetap menghantar mesej kepadanya.

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan tanpa segan silu turut mengantar gambar kepada Fadzil Zahari.

Fadzil telah muatnaik gambar mesej dari wanita berkenaan di laman Ig miliknya.

Ini caption dari Fadzil: “Sondol lah lelaki bujang, bukannya pergi sondol laki orang. Abang pun tidak faham dengan perangai orang macam ni, dah tau abang ni suami orang, tapi masih sibuk lagi nak try, hang ni dah kenapa?”

“Perempuan ni start mesej kat telegram abang pada November, ketika tu isteri abang, Yana Samsuddin sedang berpantang anak number dua, dia siap send gambar dia. Hangpa tengok la sendiri.”

 “Suami atau isteri yang berlaku curang ini kebanyakkan mula dari hantar mesej. Kalau tak nak terlibat dengan benda ini, kena cegah dari awal. Kalau ada yang mesej macam ini, tak perlu lah nak reply sanat.”

“Mesej yang saya terima ni, dia gigih walau dah beritahu saya ini suami orang. Nombor phone saya, memang letak di laman sosial kerana tujuan untuk business. Pertama kali dia mesej pada tarikh 26 November tahun 2020.”

“Saya kemudian ada bagitahu dia tak payah dah mesej lagi, pergi la mesej orang bujang, tapi dia gigih mesej saya juga.”

“Ada masa tu, dia pernah hantar gambar dirinya pada saya dan kebetulan ketika itu saya dengan staf wanita.”

“Saya terus tunjuk gambar tu pada staf saya supaya jadi saksi kalau ada apa-apa berlaku. Banyak kali saya bagitahu saya ini suami orang, dah ada dua orang anak.”

“Ini contoh orang jenis tak tahu faham bahasa walaupun saya dah cakap banyak kali. Oleh kerana dia ni still hantar mesej pada saya akhirnya saya block number dia. Kalau dah keterlaluan dan berlak lagi, saya akan buat report polis serta akan saman.”

Fadzil Zahari yang juga adik kepada Datuk Farid Kamil, telah berkahwin dengan dengan Yana Samsudin pada tahun 2015.