Hubungan Neelofa dan Pu Riz bertaut kembali, family dah berbaik

2,017 views

Hubungan antara Neelofa dengan Haris Ismail atau PU Riz nampaknya kini bertaut kembali.

Hal ini disahkan sendiri oleh tuan punya badan iaitu Neelofa menerusi satu temubual dengan pihak media semalam.

Bekas pemenang Dewi Remaja itu mendakwa, hubungan mereka menjadi keruh kerana berlaku salah faham dan kini hal berkenaan telahpun berjaya diselesaikan.

“Syukur alhamdulillah, hubungan kami berdua baik-baik saja dan kini amat positif. Apa yang berlaku baru-baru ini adalah kerana salah faham. Ada juga cerita yang tak berasas membuatkan keadaan jadi lebih buruk.”

“Saya sebagai orang yang ada lebih banyak berpengalaman bergelar seorang public figure, saya banyak beri nasihat kepada semua family saya. Saya beri semua bertenang dulu, bila dah bertenang baru kami duduk berbincang.”

“Hubungan antara ahli family saya dengan Riz semakin baik setelah kami duduk bersama dan berbincang menjelaskan segala-galanya yang berlaku.”

“Tipulah kalau saya cakap dalam sesuatu hubungan tak ada pahit manis dan naik turun. Kami pun lalui pengalaman yang sama macam orang lain.”

“Ada timbul salah faham yang telah ganggu relationship kami namun ianya telah berjaya ditangani dengan baik.”

“Kami berbincang dan berkomunikasi. Kini semuanya dah okey. Family turut banyak bekerjasama dan membantu.”

Berbicara lanjut tentang majlis pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada bulan Mac, Neelofa berkata dia akan mmeberi info lanjut tak lama lagi.

“Tentang hal itu, saya akan beri detail dalam masa terdekat. Sekarang tengah PKP dan wabak meningkat. Kami ada contact beberapa pihak untuk tanya kesesuaian mengadakan majlis. Akan tetapi, banyak yang masih tak jelas. Oleh itu, sukar untuk kami cerita tentang rancangan kami.”

Itulah penerangan terkini Neelofa tentang hubungannya dengan Pu Riz yang telah kembali menjadi jernih. Mereka sudah kembali berbaik dan jika ada rezeki akan meneruskan rancangan untuk berkahwin.