“Ada yang ganggu emosi saya, saya down” Eina Azman

2,351 views

Secara tiba-tiba nama pelakon Datin Paduka Eina Azman telah menjadi bualan ramai sejak dua tiga hari ini. 

Ini setelah Eina Azman ada muatnaik menunjukkan dirinya sedang menangis selain memberi gambaran dirinya sedang patah hati. 

Pelakon berumur 27 tahun ini juga muatnaik gambar yang menyatakan tentang isu diri tak dihargai seseorang.  

“Kalau orang itu tak hargai kewujudan anda lebih baik buat mereka menghargai dengan ketiadaan anda.” 

Sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan lanjut dari Eina Azman tentang apa yang terjadi kepada dirinya sehingga menangis itu. 

Di ruangan komen, ramai peminat nya yang tertanya tanya dan ada juga menulis komen agar ini bukanlah satu lagi episod pelakon disondol. 

Tak lama selepas itu, Eina Azman telah sedikit tenang dan mengatakan dia mahu teruskan kehidupan walaupun masih lagi bersedih. 

Kini fokus Eina Azman ialah mahu bekerja. 

“Sedih memang sedih, tapi hidup mesti diteruskan.” 

“Maaf sangat, semalam EIna memang emo sikit. Mungkin sebab banyak sangat kerja dan Eina memang penat, jadi diri ni jadi emo lebih sikit.” 

“Apapun, saya dah makin baik sekarang ni.” 

Eina Azman juga mengakui ada sesuatu yang mengganggu emosinya namun kini akan fokus kerjanya. 

“Video masak dan juga testimoni dari maid bukan sengaja Eina nak lambatkan, tapi Eina memang tak boleh nak fokus dengan kerja kerana ada yang mengganggu emosi Eina ni, memang Eina down.” 

“Lepas ni Eina akan buat semula testimoni maid serta video memasak.” 

“Eina minta maaf sangat, harap semua faham.” 

Eina Azman juga dilihat menggunakan hashtag wanita berdikari di post berkenaan. 

Sehingga kini masih tidak diketahui apakah puncanya Eina Azman menjadi down dan menjadi emosi sampai menangis itu. 

Eina Azman juga dilihat tidak menjawab pertanyaan dari pihak media tentang isu ini.