Sekarang ramai yang dah tahu bahawa Dato Aaron Aziz telah disingkirkan dari filem terbaru karya Syamsul Yusof berjudul The Original Gangster.
Hal ini dakui oleh Aaron Aziz sendiri menerusi satu temubual baru-baru ini. Aaron Aziz bagaimanapun tak mahu menjelaskan secara terperinci apa yang terjadi sehingga namanya telah digugurkan dari membintangi filem berkenaan.
Kerana isu ini menjadi tanda tanya orang ramai, pelakon yang rapat dengan kedua dua Aaron Aziz dan juga Syamsul Yusof ini iaitu Soffi Jikan memberi sedikit komen.
Jelas Soffi Jikan, memang benar terdapatnya konflik antara Datuk Aaron Aziz dengan pengarah, Syamsul Yusof sehingga akhirnya nama Aaron Aziz tidak lagi berada dalam senarai pelakon filem berkenaan.
Hal tersebut masih lagi berlarutan kerana kedua pihak tidak bersemuka untuk menyelesaikannya sehingga kini.
“Apa saya boleh cakapkan memang ada isu di antara kedua-dua belah pihak cuma yang ralatnya ialah kedua mereka tak bersemuka untuk selesaikan masalah atau isu berkenaan.”
“Hal ini masih lagi terpendam tapi kita harap semuanya berakhir dengan baik-baik saja.”
Walaupun rapat dengan kedua belah pihak, Soffi Jikan tak mahu masuk campur urusan peribadi antara Aaron Aziz dan juga Syamsul Yusof itu.
“Saya tak boleh komen lebih-lebihlah sebab saya ni tak mahu masuk campur, cumanya memang saya amat berharap Aaron dan Syamsul akan menyelesaikan isu serta hal yang timbul dengan cara yang berhemah.”
Semasa nama Aaron Aziz telah disingkirkan, memang Soffi Jikan serta para krew semuanya terkejut.
“Kami yang berada di lokasi dan set penggambaran lagilah terkejut kerana ianya terjadi secara tiba-tiba.”
“Apapun kami ni semuanya profesional dan mesti ada sebab kukuh tentang keputusan dibuat Syamsul dan penerbit itu.”
“Kami tak ada hak secara individu untuk berburuk sangka tentang hal yang terjadi.”.
Diimbas kembali, Datuk Aaron Aziz menyatakan dia tak mahu membuka cerita kerana amat menghormati ayah Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam yang dianggap bagaikan ayahnya sendiri.