Shila Amzah jawab di mana anaknya, Seth Uwais ketika majlis pertunangan

5,448 views

Hubungan antara penyanyi Shila Amzah, 32 tahun, dan juga pengacara Ubai, 25 tahun, kini sudah masuk ke fasa yang baru. 

Shila Amzah dan Ubai telah pun selamat bertunang pada minggu lepas. 

Majlis pertunangan telah pun berlangsung dengan lancar, yang diadakan secara tertutup. 

Ianya hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak saja. 

Menerusi beberapa foto yang dimuatnaik oleh Shila Amzah dan juga Ubai, kedua mereka mengenakan pakaian sedondon berwarna ungu atau purple. 

Apa yang menarik perhatian ialah, bapa kandung Shila Amzah iaitu Dato Nd Lala dilihat turut hadir walaupun terpalit dengan isu sebelum ini. 

Dato Nd Lala bergambar bersama dengan seluruh ahli keluarga dan turut berdiri di sebelah ibu Shila Amzah iaitu Mama Zie. 

Namun begitu, ada juga yang perasan, bagaikan tak cukup seorang ahli keluarga Shila Amzah. 

Yang tidak kelihatan di majlis berkenaan ialah gambar anak Shila Amzah iaitu Seth Uwais. 

Shila Amzah akhirnya memberi penjelasan setelah ada peminatnya yang bertanya tentang di manakah Seth Uwais ketika majlis pertunangan Shila Amzah dengan Ubai. 

Soalan dari peminat: “Mengapa dalam foto di majlis tu tak ada pun Seth, Shila Amzah?” 

Ini jawapan yang diberikan oleh Shila Amzah tentang keberadaan anaknya itu. 

“Seth ada je la. Tetapi di majlis tu, dia asyik lari sana sini sebab dia memang excited sangat jumpa ramai sangat orang. Maklumlah dia kan tuan rumah.” 

Itulah jawapan dari Shila Amzah. 

Maka terjawab lah sudah, memang ada pun Seth Uwais di majlis pertunangan antara Shila Amzah dan juga Ubai

Tapi kan budak-budak, bisalah lari ke sana sini bola nampak ramai orang. 

Apapun, tahniah diucapkan sekali lagi buat Shila Amzah dan juga Ubai di atas pertunangan ini, semoga segala urusan dipermudahkan.