Aeril Zafrel ucap selamat tinggal kepada Lamborghini, dedah mengapa menjualnya

3,408 views

Tahun lepas, Wawa Zainal telah pun menghadiahkan kepada suaminya Aeril Zafrel, sebuah kereta mewah keluaran Italy iaitu Lamborghini Aventador. 

Kini, Aeril Zafrel telah pun mengambil keputusan drastik iaitu menjual kereta kesayangannya yang berwarna kuning itu. 

Aeril, 35 tahun, menyatakan hal berkenaan menerusi satu posting yang dibuat di laman medianya baru-baru ini. 

Jelasnya, dia memang jarang sekali memandu kereta berkenaan, selain berhasrat untuk mendermakan sebahagian penjualan dari kereta tersebut.  

“Selamat tinggal si kuning, Lambo. Jarang saya guna kereta ini, oleh itu adalah lebih baik saya jual saja.” 

“InsyaAllah sebahagian hasil ini kita akan dermanya. Goodbye kuning.”  

Ini paparan detik terakhir kereta Lamborghini Aeril. 

Aeril Zafrel memuatnaik dua video yang memaparkan detik terakhir memandu kereta mewah berkenaan. 

Sambil itu, Aeril memberi ucapan good bye kepada kereta tersebut dengan reaksi sedih.  

Dalam pada itu, Wawa juga mengatakan dia pun kurang gemar naik kereta ini kereta agak rendah untuknya.

Pasangan suami isteri ini diketahui seringkali menghadiahkan kereta kepada pasangan masing-masing. 

Pada bulan Ogos yang lalu, Aeril Zafrel telah memberi kereta pacuan empat roda jenis Brabus kepada isterinya, siap yang limited edition lagi. 

Kereta ni pun bukannya biasa-biasa, memang mewah ye. 

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah berjaya mencipta empire tersendiri setelah membangunkan jenama Wawa Cosmetic. 

Tidak menoleh kebelakang, mereka juga telah memiliki kilang untuk syarikat ini di Selangor. 

Produk paling popular barangan keluaran Wawa ialah sunscreen, pelembap muka serta pencuci muka. 

Selain itu, pasangan ini juga memiliki perniagaan tudung iaitu Wawa Scarves.  

Semoga sukses selalu buat Wawa Zainal dan juga Aeril Zafrel. 

Untuk info, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tahun 2013 dan kini mereka telah pun dikurniakan empat orang anak.