“Dia yang gatal sebenarnya..” Komen Datuk Awie kepada Zul Ariffin

8,294 views

Ramai yang memberi komen tentang isu yang melanda pelakon terkenal Zul Ariffin selepas muatnaik satu video drama terbaru lakonannya bersama pelakon baru Siti Haniesa.

Kini antara yang turut memberi pandangan ialah penyanyi serta pelakon popular, Datuk Awie.

Bagi Awie, apa yang berlaku kepada Zul Ariffin itu adalah kerana dirinya sendiri, kerana lakonan babak itu boleh saja ditolak.

Malah Datuk Awie juga secara spontan telah melabel pelakon berkenaan sebagai seorang yang gatal. Ini komen Awie dari laporan Harian Metro.

“Itu dia Zul Ariffin yang gatal sebenarnya. Perkara tu boleh saja untuk ditolak, namun begitu dia yang memilih untuk sedap. Jadi dia kena terimalah benda itu, kesannya.”

Pelakon filem Sembilu dan Maria Mariana ini turut menyatakan apa yang dibuat oleh Zul Ariffin bagaikan menconteng arang kepada industry seni tanah air.

“Bagi pendapat saya, dia ni dah menconteng arang ke industri yang berkonsepkan Islam, khususnya di negara kita di Malaysia sebab kalau ikutkan industri seni Malaysia ni masih lagi belum boleh ada sifat keterbukaan dalam hal macam tu.”

“Benda, adegan macam tu tak wajar, kalau nak buat, buatlah kat neara luar, contoh di Singapura ke, Indonesia ke, Filipina ke. Benda ni boleh saja dia nak tolak tapi dia pilh nak sedap, jadi dia kena terimalah.”

Ini komen Datuk Awie lagi tentang lakonan sedemikian.

“Dari segi sebagai seorang pelakon dan pengarah, mereka boleh saja nak masukkan unsur-unsur agama atau Islamik dalam lakonan.”

“Jika tak mahu, maka dia nak jadi profesional dan kaalu sebagai profesional semata ini, maka hukumnya dah tiada. Dia akan beri all out saja.”

“Namun kalau dari segi agama, maka dah tentu ada hukumnya, yang kena mereka ikuti.”

Bagi Datuk Awie lebih elok kalau hanya guna metafora saja untuk babak sedemikian berbanding dilakonkan secara fizikal.