Hanya beza 7 tahun, ramai terkejut Maria Farida jadi ibu kepada Dato Aaron Aziz

9,377 views

Sebuah drama bersiri dengan judul Suamiku Lelaki Pendosa kini baru saja ditayangkan pada tarikh 9 Februari.

Ianya ditayangkan di slot Samarinda TV3. Drama itu mengisahkan watak pelakon utama, Dean Ilyas yang dilakonkan oleh perlakon hebat, Datuk Aaron Aziz.

Pelakon utama wanita drama berkenaan dilakonkan oleh Sophia Albarakbah membawa watak Cahaya Malaika.

Plot drama ini akhirnya menyaksikan Dean Ilyas dan juga Cahay aMalaika disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Namun apa yang menjadi bualan ramai ialah watak ibu Datuk Aarin Aziz yang dibawa oleh Maria Farida.

Maria Farida, 52 tahun, membawa watak Datin Junaida yang merupakan ibu kepada Aaron Aziz, 45 tahun.

Dek kerana perbezaan umur hanyalah 7 tahun, penonton mula mempersoalkan pemilihan pelakon, yang dikatakan tak sesuai.

Antara komen penonton ialah sepatutnya lebih sesuai Datuk Aaron Aziz dan Maria Farida ini berlakon sebagai pasangan suami isteri saja.

Malah, wajah Maria Farida yang awet muda juga tidak bersesuaian untuk jadi ibu Aaron Aziz. Ada juga mencadangkan, patutnya Aaron Aziz dah sesuai memegang watak sebagai bapa.

Sudah masuk episode dua, hal ini telah dibincangkan di forum hiburan terkenal iaitu Cari. Mungkin ada betulnya juga, kerana jarak usia memang tak berapa nak kena.

Terkejut bila Aaron Aziz panggil Maria Farida dengan panggilan mama. Agak-agaklah pun casting tu. Kalau nak Aaron Aziz, carilah watak mama tu tua sikit.” Komen netizen.

Namun diakui, Aaron Aziz mempunya peminat yang begitu ramai, dan jika dia berlakon, memang ramai yang nak tonton.

Selain Aaron Aziz, Sophia dan juga Maria Farida, banyak pelakon lain yang turut sama-sama menajyakan drama bersiri ini.

Antaranya ialah Gambit Saifullah, Fauzi Nawawi, Aleza Shahdan, Shima Anuar, Edika Yusof dan ramai lagi. Kepada yang mahu layan drama ini, bolehlah tengok di TV3, terutama peminat Aaron Aziz dan juga Maria Farida.