Maaf Ara buruk benar, buat malu je pakai seluar pendek atas lutut

5,075 views

Penyanyi BBNU sedang meningkat naik iaitu Ara Johari terus diperkatakan dan jadi tumpuan orang ramai apabila dia tampil berani dan menggayakan fesyen yang amatlah unik ketiak hadir di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian kali ke 32.

Ara dilihat telah pakai baju konsep Kpop atau boy scout iaitu baju sut berwarna biru lembut dengan seluar pendek serta stoking tinggi sampai paras lututnya.

Malah Ara Johari sempat berseloroh tentang lututnya itu: “Sis masih dalam mood kemerdekaan lagi. Maaflah sis rushing jadi tak sempat nak touch up lutut dengan foundation”

Gambar ini terus jadi tempat para netizen membawang. Ada yang tak segan silu menulis rasa hati mereka yang tak berapa suka dengan fesyen berkenaan.

“Mula-mula tengok ingat askar jepun. Maaf burok bebenar. Fesyen ni amat lawak. Serius jujur nak cakap”

“Buat malu kaum perempuan je pakai seluar pendek atas lutut acah lelaki, banyak kot dress perempuan yang cantik, sedih betul”

“Apa punya fesyen seluar pendek stoking panjang. Sikit demi sikit Ara tunjuk siapa diri dia yang sebenar. Bukanlah nak kecaam tapi nampak macam lama nak jadi laki ni. Haha sorry to say”

“Teruk sangat style Ara ni. Nak perhatian lah tu. Sebab tu pakai pelik-pelik. Lagi orang tegur lagi la dia suka. Berbunga hati”

Namun ada sesetengah peminatnya yang menulis komen positif dan memuji Ara Johari dengan mengatakan dia amat bergaya selain kelihatan comel berpakaian sedemikian.

Peminat setianya turut meminta Ara Johari untuk jadi diri sendiri dan abaikan segala komen kurang enak dari netizen lain.

Itulah antara fesyen paling mnarik perhatian di malam Anugerah Bintang Popular yang berlangsung Ahad lepas. Memang rare habis dah ni.