Akhirnya Amelia Christie respon kenyataan Sharnaaz Ahmad

24,360 views

Sebelum ini, Sharnaaz Ahmad ada memberi kenyataan bahawa dia tak pernah pun mengiyakan bahawa dirinya sedang bercinta dengan Amelia Christie. 

Kata Sharnaaz, diumurnya yang sudah pun masuk 40 tahun, dirinya lebih mengutamakan kerjaya dan juga anaknya. 

Sharnaaz juga tak mahu mengulas lanjut dakwaan bahawa dirinya sudah pun tak lagi ikuti Amelia di media sosial. 

Apabila kenyataan Sharnaaz ini menjadi bualan, Amelia akhirnya tampil memberi reaksinya. 

Melalui satu temubual bersama Harian Metro, Amelia akur jika Sharnaaz berkata bahawa dia tak pernah pun mengiyakan hubungan mereka. 

“Kalau dia kata tidak pernah mengiyakan apa yang kami ada selama ini, saya terima sajalah.” 

Tentang kisah mereka berdua sudah tak lagi ikuti media sosial antara satu sama lain, Amelia menjelaskan bahawa dirinya tak pernah pun berbuat sedemikian. 

“Saya berterus-terang saja yang mana, saya tak nak besarkan hal yang kecil. Tetapi, saya kena beri penjelasan di sini bahawa saya tak pernah pun unfollow dan sekat akaun media sosial mana-mana pihak.” 

“Namun begitu, saya terima dengan hati terbuka dan move on.”  

“Saya akui perjalanan hidup saya masih panjang dan kena tempuhi pelbagai lagi dugaan selepas ini.”  

Amelia tetap menegaskan bahawa apa yang pernah terjalin antara dirinya dan juga Jebat, dia amat bersyukur.  

“Saya bersyukur kerana sebab Allah sudah hadirkan orang yang baik dalam hidup saya.”  

“Sayang dan kasih saya pada Jebat Jayden amat ikhlas dan amat tulus.” 

Kata pelakon berumur 24 tahun ini lagi, dia kini akan fokus pada perniagaan dan juga kerjayanya.  

“Fokus saya kini adalah nak pastikan business saya berjalan lancar.  Syukur sangat, saya amat gembira dengan kerjaya sebagai usahawan sekarang.” 

“Saya juga mahu jelaskan niat saya buat kenyataan ini bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa dan saya tak nak bermusuh dengan sesiapapun.” 

“Kini saya nak teruskan hidup dengan hal yang boleh gembirakan dan nak fikir positif.” 

Itulah jawapan dari Amelia Christie tentang kisah hubungannya dengan pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad.