Noor Nabila, Jebat Jayden sayangkan Amelia Christie

7,119 views

Kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila turut menjadi tumpuan sekoran kisah yang sedang diperkatakan ramai iaitu hubungan Sharnaaz Ahmad dan juga Amelia Christie. 

Sharnaaz, yang juga bekas suami Nabila, kini dikatakan sudah berpisah dengan Amelia. 

Namun begitu, Nabila yang rapat dengan Sharnaaz dan juga Amelia, tak mahu masuk campur urusan mereka berdua. 

Ini kenyataan dari Nabila kepada pihak media, seperti yang dilaporkan Harian Metro. 

“Tentang kisah percintaan antara Sharnaaz dan Amelia, saya tidak masuk campur.”  

“Pada saya, kalau mereka tak ada jodoh, nak buat macam mana.”  

“Saya selalu saja mengharapkan yang terbaik buat mereka berdua, sama ada mereka bersama atau sebaliknya.” 

Nabila menambah, sampai sekarang, hubungannya dengan Amelia amat baik, dan selalu saja berhubung melalui panggilan video.  

“Hingga ke hari ini kami selalu berhubung, buat video call.”  

“Saya beritahu kepada Amelia walau apa terjadi saya dan Jayden akan sentiasa ada untuk dia.” 

Jelasnya lagi, dia dan juga anaknya iaitu Jebat Jayden pun memang dah sayang kepada Amelia. 

“Lagipun kini, Jayden memang ada lebihkan Amelia. Semua perkara dia nak cerita pada Amelia.”  

“Kami berdua memang ikhlas sayangkan dia macam keluarga kami sendiri.” 

Bagi Nabila, dia amat selesa dengan Amelia, dan memuji peribadi wanita berumur 24 tahun itu amat baik.   

“First time jumpa Amelia masa hujung tahun lepas. Masa itu kami terbabit dengan satu penggambaran iklan.” 

“Jujur cakap, saya amat suka dengan cara dia bawa diri, dia amat hormati orang. Sejak itu kami mula berhubung malah kami pun pergi holiday bersama-sama di Jepun.” 

Semasa bercuti bersama, Nabila bertambah rapat dengan Amelia dan nampak keikhlasan wanita berkenaan.  

“Orang kata kalau nak kenal, pergi bercuti bersama. Secara tak langsung saya ada nampak keikhlasan dia.” 

“Cara dia layan orang sekeliling, memang pandai bawa diri.”  

Katanya, dia sudahpun anggap Amelia bagai adiknya sendiri. 

“Saya kini dah anggap dia macam adik saya sendiri.” 

Itulah sedikit kenyataan dari Nabila tentang Amelia Christie.