Akhirnya Datin Red tampil live bersama Dato Red

291 views

Sejak mengakui dirinya telah pun muflis dan dah 5 tahun tak ada pekerjaan tetap, ahli perniagaan yang juga suami kepada Adira iaitu Dato Seri Adnan Abu, kembali menjadi sebutan ramai. 

Beliau yang lebih dikenali dengan nama Dato Red, kini semakin aktif di laman media sosial dan menerima pelbagai pekerjaan di laman media. 

Banyak produk yang mula mengambilnya sebagai model atau pelakon iklan. 

Tak kurang juga yang menjadikan Dato Red sebagai agen jualan produk mereka. 

Dalam pada itu, Dato Red dilihat seringkali tampil live di laman media sosial. 

Penampilannya iut bukan hanya tangan kosong, apabila ramai yang memberikannya gift dan memberikannya pendapatan. 

SELALU DENGAN ADIRA, RAMAI TANYA MANA DATIN RED 

Sejak kebelakangan ini, Dato Red juga selalu saja tampil bersama isteri keduanya iaitu Adira. 

Mereka sering tampil bersama di sesi live dan menjual barangan mereka, terutama kek. 

Melihat Adira dan Dato Red asyik berdua saja, ramai juga yang tertanya, di mana Datin Red, kenapa Dato Red tak muncul dengan isteri pertamanya itu. 

AKHIRNYA DATO RED MUNCUL DENGAN DATIN RED 

Setelah ramai yang tertanya, akhirnya Dato Red telah pun tampil bersama isteri pertamanya itu. 

Sama seperti Adira, Datin Red membantu Dato Red untuk menjual kek miliknya. 

Apa yang menariknya, Datin Red dilihat amat mesra dan ramah semasa di sesi live berkenaan. 

Ramai yang memuji kecantikkan Datin Red selain sikapnya yang kelakar dan juga mesra itu. 

Video pertama

Yang kedua

@supportdatored #datored #redvelvetdatored #fyp ♬ original sound – supportdatored

Video yang ketiga

@asmaliza.msr Suka tengok Datin Red. Cantik dan manis orangnya ☺️ #datukred #datinred #viral #fypage ♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx

DATIN RED TAK CEMBURU, DATO RED SELALU LIVE DENGAN ADIRA 

Ditanya tentang suaminya yang selalu saja buat live dengan isteri kedua iaitu Adira, kata Datin Red, dia sedikit pun tak cemburu. 

“Sudah tentunya saya tak cemburu. Kalau cemburu dah lama saya tak benarkan mereka di media sosial.” 

“Dah tentu saya akan meroyan dan suruh mereka padam, kalau cemburu.” 

DATIN RED DOA DATO RED TAK BERCERAI DENGAN ADIRA 

Selain itu, Datin Red juga berharap Adira dan Dato Red tak akan jadi untuk berpisah. 

Katanya, dia melihat suaminya itu amat sedih setelah Adira memohon penceraian. 

Oleh itu, dia harap sangat Adira dan Dato Red tak jadi bercerai. 

“Saya akan menangis happy (kalau mereka tak jadi berpisah). Saya ni tak boleh tengok Abang Red ni tak gembira. Dia amat sedih apabila Adira failkan penceraian.” 

“Semoga jodoh mereka berkekalan, saya doakan mereka bahagia.” 

Itulah sedikit komen dari Datin Red tentang kisah dirinya dan juga Adira dan Dato Red.