Kereta Raya 2024 Uqasha Senrose, memang cun

420 views

Hari raya tahun 2024, atau 1445 hijrah kembali menjelma pada hari ini, Rabu, 10 April 2024. 

Tahun ini pelakon terkenal tanah air iaitu Uqasha Senrose telah tampil dengan kereta yang berpenampilan baru. Bak kata orang, kereta raya. 

Sebenarnya ini bukanlah kereta baru, tetapi warna kereta yang baru, iaitu baru ditukar. 

Isteri kepada Kamal Adli ini telah memilih untuk menukar warna kereta kesayangannya. 

Warna kereta yang dipilih oleh Uqasha ialah warna oren paprika. 

Memang warna ini sedang trending pada hari raya tahun ini, namun sebenarnya Uqasha memilih lebih awal, dan tak tahu pun warna oren akan trending tahun ini. 

“Memang tak tahu, warna oren ni akan trending tahun ni.” 

Kakak kepada pelakon adik beradik Nelydia, Raysha ini ternyata berpuas hati melihat warna kereta baru nya itu. 

Kereta Range Rover milik Uqasha ini telah di wrap oleh syarikat R124 Autoart, yang menggunakan wrap berkualiti dari Teckwrap. 

Untuk pengetahuan, ini kali kelima Uqasha menukar wrap kereta miliknya itu. 

Ini komen dari syarikat berkenaan. 

“Kali ni Uqasha Senrose pilih color oyenn. Tapii sebenarnyaa Uqasha sendiri pun tak sangka tahun ni tema brick orange tengah trendy.” 

“Apa yang penting, color ni memang cantik dan begitu sesuai dengan pemiliknya.” 

“Ini dah kali kelima Uqasha tukar warna keretanya.” 

Jom layan kereta raya milik Uqasha Senrose. 

Untuk tahun ini, Uqasha, 32 tahun berkata, raya pertama dia akan beraya di kampung halaman suaminya, Kamal Adli di Kedah. 

“Tahun ni giliran raya di Kedah, kampung Kamal.” 

Uqasha yang sedang sarat hamil, ternyata gembira dengan warna kereta barunya itu. 

Memang cantik kereta raya Uqasha Senrose.