Ingatan merosot, Datuk Jamali Shadat semakin uzur

2,924 views

Selebriti veteran Datuk Jamali Shadat dikatakan telah hilang semangat dan ada perubahan sikapnya dan ianya berlaku sejak pemergian isterinya, Allahyarham Lela Yacob dua tahun lalu. Arwah isterinya pergi buat selamanya kerana serangan angin ahmar.

Pelawak berumur 78 tahun ini dilihat lebih banyak diam diri sahaja dan kini dikatakan bergantung kepada anak, menantu serta cucu untuk urus diri.

Ini komen Siti Zabedah, menantu Jamali Shadat: “Ayah dah tak banyak cakap. Kini lebih suka diam diri dan ingatannya juga dah semakin merosot. Kadangkala, dia kenal anak-anak, namun ada masanya dia lupa anaknya”.

“Ayah nampak mula berubah dengan mendadak lepas pemergian isterinya. Macam hilang semangat. Memang ayah dan arwah ibu mentua amatlah rapat”.

“Memang ingatan dilihat merosot, namun ayah bukan terlantar. Dia masih lagi berjalan-jalan, dan ayah akan guna wheel chair kalau nak keluar”.

“Sebenarnya, ayah kini tak mampu nak urus diri dan ada pakai lampin pakai buang. Kalau nak ke tandas pun ayah kena dibantu untuk membersihkan diri”.

Untuk pengetahuan, Siti Zabedah ni menantu yang kahwin dengan anak keenam Jamali. Menantunya ini tinggal dekat dengan rumah Jamali. Selain Siti Zabedah sekeluarga, ada dua anak Jamali yang tinggal dekat dengan rumahnya. tinggal berhampiran.

Siti Zabedah akan uruskan Jamali pada hari biasa dan anak yang lain akan ambil tugasan di waktu hujung minggu.

“Saya ni tak kerja, oleh itu saya boleh bantu uruskan ayah. Lagipun, rumah saya bertentangan dengan rumah ayah je, dekat.

“Saya akan masak dan pakaikan ayah. Anak saya yang berumur 13 tahun akan tidur teman atuknya itu setiap hari.

Siti Zabedah juga ada terima call dari beberapa pihak termasuk Persatuan Seniman Malaysia. Dalam pada itu, dia memberitahu telefon milik datuk Jamali Shadat kini dah dimatikan kerana ayahnya tu tidak beri respon pada telefonnya.