Dah serik, hanya family yang tahu, Ruhainies tak mahu cerita tentang Mr E lagi

1,917 views

Pelakon Ruhainies antara pelakon yang sering menjadi perhatian tentang kisah percintaan.

Berbeza dengan kakaknya iaitu Nur Risteena yang secara terbuka mendedahkan sedang bercinta dengan Isa Khan sebelum berkahwin, Ruhainies hanay mendedahkan sedikit saja info tentang kekasih hatinya.

Ruhainies yang kini menganjak usia 28 tahun, pernah memberitahu sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang diberi nama Mr E.

Sehingga kini, nama penuh serta wajah penuh Mr E belum pernah ditayang oleh Ruhainies, hanya ada beberapa kali saja muatnaik foto bersama dengan wajahnya ditutup rapi.

Melalui laporan dari portal Kosmo dan juga Harian Metro, Ruhainies memberitahu dia kini dah serik nak bercerita tentang kisah Mr E lagi. Sebelum ini dia buka cerita sebab Mr E itu merupakan kekasih hatinya yang pertama.

Dia kini mengambil langkah menyimpan saja hal peribadi berkenaan dan tak menceritakan di sosial media.

“Saya dah banyak belajar melalui pengalaman sebelum ini. Jika dulu saya selalu saja upload tentang kekasih hati, sebabnya dia merupakan cinta pertama saya.”

“Berbohonglah jika saya tak teruja dan rasa gembira sebab tu saya upload untuk menceritakan rasa hati yang berbunga-bunga.”

“Akan tetapi, semakin dah menginjak usia ni, saya dah semakin sedar bahawa ada perkara yang perlu saya simpan untuk diri saja.”

“Sekarang ini saya lebih selesa cerita tentang kerjaya saja termasuklah tentang business dan perniagaan saya. Saya dah jadi lebih berhati-hati.”

Ruhainies juga menjelaskan tentang ksiah peribadi, hanya family saja yang tahu dengan lebih mendalam.

“Saya tak nak dah cerita tentang soal cinta dan jodoh. Biar saya dan keluarga saja yang tahu. Saya serahkan kepada Illahi. MInta doakan agar saya dikurniakan jodoh yang paling baik.”

Itulah komen dari Ruhainies tentang perkembangan kisah cintanya dengan individu bernama Mr E.