Netizen ‘naik angin’, sindir Marissa Dania yang mengaku introvert

1,102 views

Influencer terkenal, yang juga anak perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania sekali lagi menjadi perhatian ramai sejak semalam. 

Ini setelah tersebar satu video temubual Marissa ketika menjawab soalan dari satu syarikat iaitu Lovaa Cosmetic, yang mengambilnya sebagai model produk kecantikkan. 

Ada dua soalan yang telah diajukan kepada Marissa. 

Pertama sama ada Marissa ini seorang yang introvert ataupun extrovert. 

Menjawab soalan ini, Marissa berkata bahawa dirinya seorang yang bersifat introvert. 

Saya seorang yang introvert.” Jawab Marissa sambil tersenyum. 

Introvert ini lebih kepada orang yang bersifat diam, tak terlalu menonjol, memendam diri dan lebih suka memikirkan diri, hanya memerhati serta bersendirian. 

Soalan kedua pula ialah tentang pekerjaan Marissa jika dirinya bukan seornag model atau influencer. 

Marissa mengatakan dirinya amat suka untuk berniaga, dan mungkin akan buat business. 

Saya memang minat dengan berniaga, jadi mungkin saya akan buat perniagaan.” 

Terpaling introvert.” 

Melihat di ruangan komen, rata-rata dilihat bahawa jawapan dari Marissa itu tidak diterima oleh orang ramai. 

Ramai yang mengatakan, Marissa bukan seorang introvert. 

“Kalau introvert mana nak jadi influencer atau ahli perniagaan sangat.” 

Ada juga yang memerli dan menyindir dengan jawapan dari Marissa itu. 

“Time nak caras suami orang, auto hilang dah introvert dia.” 

“Introvert sangat sampai kata-kata mak ayah pun tak nak dengar.” 

“Kalau dah introvert tu tak yah kacau suami orang, duk rumah diam-diam je.” 

Ini antara paparan komen dari netizen. 

Sehingga kini, Marissa dan Aslam masih tidak ada berbicara tentang dakwaan bahawa mereka berdua dah berkahwin. 

Ibu bapa Marissa Dania iaitu Norman Hakim dan juga Abby Abadi juga tidak mengulas isu yang sedang melanda anaknya itu.