Shuib bawa anak-anak melawat kubur sempena hari lahir arwah Siti Sarah

13,766 views

Pada hari ini iaitu 15 September, telah jatuh hari kelahiran buat arwah Siti Sarah, isteri kepada Shuib Sepahtu.

Sempena hari lahir arwah isterinya, Shuib telah membawa anak-anaknya iaitu Uwais, Talita dan Matin menziarahi kubur atau pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor.

Shuib telah muatnaik video saat mereka anak beranak melawat kubur di Instagram.

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 37 sayang. Hari ini I dengan anak-anak sambut birthday you di rumah baru you ini. Walaupun dah berbeza keadaan, I tahu you sentiasa ada saja dengan kitorang.”

Rasa cinta yang tetap sama, insyaallah, semoga Allah akan ampunkan segalanya dan letakkan diri you di syurga. Semoga kita akan disatukan di syurga nanti. Alfatihah Siti Sarah Binti Raisuddin.”

Boleh tonton video Shuib dan anak-anak ziarah kubur di bawah ini.

Selain Shuib dan anak-anak, turut sama melawat kubur arwah Siti Sarah ialah bapa kandunganya iaitu Raisuddin dan juga ibu tirinya.

Semalam, satu berita baik juga diterima oleh Shuib apabila anak bongsunya iaitu Ayash Affan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Pada waktu petang, baby Ayash Affan selamat sampai dan telahpun pulang ke rumah Shuib Sepahtu.

Memang jelas terpampang kegembiraan di wajah semua anak-anak dan juga hali keluarga Shuib yang menantikan kehadiran baby Ayash Affan.

Shuib ada muantaik satu video sempena kepulangan Ayash Affan itu di dalam channel youtube miliknya semalam.

Buat masa sekarang Shuib belum tayang dan tunjukkan lagi wajah baby Ayash Affan kepada umum.

Ayash Affan dilahirkan tiga hari sebelum Siti Sarah pergi buat selamanya pada bulan Ogos yang lalu. Shuib dan arwah mempunyai empat orang cahaya mata termasuklah Ayash Affan.