Aliff Aziz enggan ceraikan Bella Astillah

1,752 views

Enggan bercerai, itulah keputusan dari selebriti Singapura, Aliff Aziz dalam sebutan kes penceraiannya dengan Bella Astillah. 

Sebutan kes mereka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini, Khamis 2 April 2023. 

Untuk info, Bella telah failkan permohonan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac yang lalu.  

Ini selepas Aliff kantoi telah dicekup berkhalwat dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024. 

Aliff Aziz hadir ke mahkamah ditemani oleh ibu bapanya, Siti Hafizah Basharahil dan Aziz Sapdan.  

Mereka semua memakai pakaian berwarna hitam. Aliff memakai kemeja serta bersongkok.  

Ketika prosiding, Aliff telah memaklumkan hakim bahawa dia masih memerlukan masa untuk berfikir sebelum membuat keputusan. 

Abang kepada Aisya Aziz juga menambah, dirinya masih lagi sayangkan isteri, Bella Astillah.  

“Kes ini bukan keputusan yang boleh saya fikirkan dalam masa sehari. Saya memerlukan masa.”  

“Dengan itu, saya tak bersetuju untuk bercerai. Saya masih sayangkan Bella.” 

Hakim kemudian mengarahkan kedua mereka jalani proses Sulh dan melantik wakil bagi Jawatan Kuasa Pendamai. 

Bella telah pun melantik kakak angkat sebagai wakil, manakala Aliff Aziz melantik ibunya.  

Mahkamah telah menetapkan sebutan kes seterusnya berlangsung dua bulan dari sekarang iaitu pada 4 Jun 2023. 

Sementara itu, Aliff ada berkata bahawa dia dan isteri masing-masing ada membuat kesalahan tersendiri. 

Ditanya tentang pendedahan isterinya semalam, berkenaan isu curang dan niat Aliff dari awal yang mahu perpisahan dengan Bella, ini jawapan dari Aliff.

“Beberapa minggu sebelum ini, semuanya bercampur-baur untuk saya dan juga semua pihak lain yang terlibat.” 

“Saya akan menggunakan semua ruang serta peluang yang diberi untuk selamatkan rumah tangga dan juga anak-anak saya.” 

“Memang saya akui telah banyak melakukan kesilapan dan Bella turut buat kesalahan tetapi pada akhirnya ini bukan satu keputusan yang boleh dilakukan secara terburu-buru.”  

“Saya meminta sokongan daripada semua pihak, namun begitu dalam isu melibatkan kes rumah tangga, ia tak sepatutnya ada pengaruh daripada pihak luar.” 

“Diharapkan semua pihak beri ruang agar prosedur perceraian ini berjalan dengan ikut semua prosedur yang sudah diatur oleh mahkamah.” 

“Terima kasih kepada pihak mahkamah kerana memberi ruang ini.” 

Itulah komen dari Aliff Aziz tentang kes terkininya dengan Bella Astillah.