Pendedahan hubungan antara Bella Astillah dan pelakon baru Muaz Zabir telah diketahui umum.
Akhirnya Bella tampil menjelaskan tentang hubungan berkenaan.
Bella akui ada menjalinkan hubungan dengan pelakon muda tersebut dan ianya terjadi pada tahun lalu iaitu 2023.
Jelasnya lagi, dia menjalinkan hubungan dengan Muaz kerana mahukan perhatian suaminya iaitu Aliff Aziz.
Ini penjelasan penuh dari Bella Astillah.
“Sejak semalam saya dah tahu tentang perkara ini, penyebaran tersebut. Tahu dari rakan terdekat.”
“Saya faham hal ini dibuat secara mendadak, tetapi orang ramai boleh fikir, esok merupakan sebutan kes perceraian saya, mengapa sekarang tersebar.”
“Kes ini, terjadi pada tahun lepas. Ianya sudah lama dan niat saya adalah untuk buat suami saya cemburu.”
“Saya percaya, semua rakan kenal dan tahu macam mana saya sayang Aliff.”
“Oleh itu saya menggunakan seseorang untuk buat suami saya cemburu dan mahu perhatian darinya. Sebab masa itu dia curang dengan dua ornag wanita, yang tak perlu saya sebut namanya.”
“Dengan cara berkenaan, saya harap dia beri perhatian dan ada rasa cemburu.”
BELLA AKUI KESILAPAN
Jelasnya lagi, Muaz seorang yang baik, dan dia akui ini kesilapan pertamanya dalam 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Aliff Aziz.
“Budak lelaki ini iaitu Muaz Zabir, memang baik dan apabila kita tak rasa dihargai, dan rasa macam sampah, dan apabila ada orang lain yang beri perhatian, saya buat kesilapan.”
“Saya akui saya manusia biasa, dan ini merupakan kesilapan saya yang pertama saya selama 10 tahun saya dengan Aliff.”
ALIFF DAH TAHU, DAH BERBAIK
Kata Bella, perkara berkenaan dah diketahui Aliff Aziz, dan mereka dah berbaik.
Malahan Aliff telah berubah dan memberi perhatian kepada Bella.
Mereka juga ada pergi bercuti bersama ke Pulau Pinang selepas itu.
“Kita dah berbaik dan berdamai, bukan saja saya dan Aliff, malah dengan seluruh keluarga, dengan family saya dan juga family di Singapura.”
“Kami dah bermaafan dan bercuti ke Penang jadi tak ada masalah apa-apa.”
“Aliff dah letak penutup di situ dan dia kata dia masih sayangkan saya. Selepas kejadian itu saya nampak dia hargai saya.”
“Saya pun fikir saya buat kesalahan dan kenalah bertaubat.”
“Ada yang marah kata saya bodoh tetaapi orang tak tahu bagaimana saya sayangkan rumah tangga saya. Saya nak anak-anak saya ada ibu bapa lengkap.”
ALIFF KEMBALI BERUBAH BILA BERLAKON DENGAN RUHAINIES
Apabila Aliff berlakon bersama Ruhainies, sekali lagi berlaku perubahan kepada pelakon Singapura itu.
Kata Bella, Aliff mula tukar password dan telah mengabaikannya.
“Apabila dia mula berlakon dengan Ruhainies, dia tukar password.”
“Jadi mungkin mereka mahu menutup kes khalwat berkenaan, dan tak ada senjata ke atas saya, jadi dia guna itu.”
“Aliff tak sedar ke yang Ruhainies itu hanya menggunakan dia. Sedangkan Aliff apa yang saya ada mengenai dia.”
HANYA ALIFF ADA GAMBAR BELLA DAN MUAZ
Tentang penyebaran foto berkenaan, Bella berkata, hanya suaminya yang ada paparan dan gambar berkenaan.
“Semua saya luahkan untuk kali pertama, hanya Aliff yang ada gambar saya dan Muaz.”
Itulah penjelsan penuh dari Bella Astillah tentang hubungannya dengan pelakon baru Muaz Zabir.