Aliff Syukri panjat masuk beranda, guna rumah A Aida tanpa kebenaran

14,050 views

Datuk A. Aida ternyata terkejut setelah menonton muzik video hari raya terbaru yang dikeluarkan oleh Datuk Aliff Syukri.

Ini setelah Aida mendapati salah satu scene dalam video itu, lokasi yang digunakan di dalam video Aliff Syukri itu merupakan rumah percutian miliknya.

Rumah milik Aida itu bernama Tuah D’Manggis yang terletak di Janda Baik, negeri Pahang.

Aida mengatakan Aliff Syukri telah menceroboh dan melakukan penggambaran di beranda dan belakang rumah berkenaan tanpa kebenaran darinya.

Sebentar tadi manager saya ada call dan tanya saya sama ada tahu yang Aliff Syukri ada guna rumah saya di Janda Baik untuk buat muzik video lagu raya nyanyiannya. Bila tonton video tu, memang saya terkejut kerana saya tidak tahu apa-apa tentang hal berkenaan.”

Lepas tu, saya tanya staff saya bagaimana Aliff Syukri boleh masuk rumah berkenaan dan siapa yang beri kebenaran dia untuk masuk. Staff jelaskan bahawa Aliff Syukri memang ada beritahu nak datang tapi untuk lihat-lihat tempat tersebut.”

Semasa itu tak ada orang di lokasi terbabit. Staff saya kemudian cerita bahawa Aliff panjat untuk masuk ke ruang beranda rumah saya. Itu dah kira menceroboh. Aliff Syukri gunakan rumah berkenaan tanpa pengetahuan dan izin dari saya.”

Buat masa sekarang Aida menegaskan rumah percutian berkenaan hanya dibenarkan untuk buat penggambaran untuk produksi miliknya sahaja iaitu A.Aida production.

Aida juga kecewa Aliff tak ada hubunginya walhal mereka saling kenal antara satu sama lain.

Memang rasa sakit hati, sebabnya dia tak contact saya. Bukannya dia tak kenali saya. Patut dia tahu itu rumah milik saya. Sudah lah dia tak minta kebenaran, kemudian tak ada diberi kredit penghargaan nama resort saya itu.”

Saya tak beri mana-mana pihak produksi buat penggambaran di situ. Sebelum ini, ada juga produksi contact nak guna rumah itu tapi saya beri kebenaran sebab eksklusif. Namun begitu dia senang-senang saja ceroboh rumah tu. Saya mahu Aliff Syukri tampil beri penjelasan.”

Luahan dari Datuk A Aida itu dibuat menerusi satu temubual dengan Mstar. Untuk info, Datuk Aliff Syukri telah muatnaik video terbaru lagu sempena hari raya berjudul Lala Raya.