Ally Iskandar hadiri majlis resepsi Farah Lee, “Bak kata Farah, kami dah seri”

20,795 views

Farah Lee dan suami yang baru dikahwini iaitu Fuad telah mengadakan satu majlis resepsi di Subang hujung minggu lalu. 

Majlis meraikan pengantin baru ini diadakan di restaurant Padangs On Wheels yang terletak di Subang Bestari. 

Farah dan Fuah memakai pakaian sedondon berwarna coklat, memang simple dan sederhana saja pasangan pengantin ini, tetapi tetap cantik dan sejuk mata memandang mereka berdua. 

Apa yang menarik perhatian ialah kehadiran bekas suami Farah Lee iaitu Ally Iskandar

Pengacara terkenal ini hadir di majlis berkenaan bersama isteri dan juga anak-anaknya. 

Ally Iskandar hadir memakai pakaiaan sedondon dengan keluarganya, berbaju biru. 

Mereka beramah mesra dan mengambil gambar bersama pasangan pengantin baru. 

Ally berkata, sebenarnya dia menerima jemputan untuk majlis pernikahan Farah dan Fuad di Terengganu, namun tidak dapat hadir kerana bertugas ketika itu. 

Hari ini barulah dia dapat hadir ke majlis Farah dan Fuad. 

“Sebenarnya saya dijemput untuk datang majlis kat Terengganu, tapi masa tu bertembung pula dengan urusan lain, saya berkerja.” 

“Oleh kerana saya dijemput untuk majlis hari ini, maka saya pun datang bersama isteri dan anak saya.” 

“Alhamdulillah berkesempatan jumpa orang baru dalam keluarga, dapat jumpa papa Fuad tu.” 

Ally juga sempat mengatakan dia amat suka dengan karaktor suami baru Farah dan yakin Fuad mampu jadi seorang bapa yang amat baik. 

“Fuad tu baik orangnya. Ini first time bersua muka. Sebelum tengok di gambar saja. Farah ada kongsikan.” 

“Saya tengok wajah Fuad, sejuk hati ni. Saya rasa dia akan jadi seorang bapa yang amat baik dan hebat.” 

Jelas Ally lagi, hubungan dengan Farah tetap baik, apatah lagi mereka mempunyai anak bersama ketika berkahwin dulu. 

“Walaupun kami ada pendirian masing-masing, akhirnya kami memang selalu fikirkan untuk anak kami.” 

“Bagaimana anak nak harungi semua ini kan. Walaupun berbeza haluan, yang penting kena satu hati untuk cari jalan tengah agar anak dapat rasai institusi keluarga tu. 

“Tentang anak, kami akan bertolak ansur dan bertimbang rasa.” 

Ally juga sempat berseloroh mengatakan kini dia dan Farah dah seri, memandangkan kedua dua mereka dah pun berkahwin dengan pasangan masing-masing. 

“Bak kata Farah tadi, kita berdua dah pun seri. Saya pun gembira. Institusi keluarganya pun dah lengkap, ada ayah, ada ibu.” 

“Anak kami, Mariam, dapat rasai institusi keluarga yang dah pun lengkap alhamdulillah.” 

Ini video penuh temubual Ally di wedding Farah Lee.

Hubungan yang baik di antara Ally Iskandar dan juga Farah Lee walaupun dah berpisah wajar diambil sebagai contoh buat pasangan di luar sana yang dah pun berpisah. 

Apapun, tahniah diucapkan buat Farah Lee dan pasangannya Fuad, semoga perkahwinan kalian akan bahagia selalu, amin.