Umum mengetahui bahawa Emma Maembong dan suami dah pun selamat menerima kedatangan ahli ketiga untuk family mereka, anak sulung.
Emma Maembong selamat melahirkan zuriat pertamanya itu pada tarih 8 November yang lalu di sebuah pusat perubatan swasta.
Kehadiran cahaya mata itu disahkan oleh suaminya iaitu Shazli Azhar setelah pertama kali memuatnaik wajah anaknya di laman media sosial semalam.
Meamng ramai yang teruja dan tak sabar nak tengok lebih banyak gambar baby baru Emma Maembong itu.
Antara yang teruja ialah rakan baik Emma Maebong iatiu pelakon Alvin Choong. Di laman Ig miliknya, Alvin ada muatnaik foto dirinay bersama Emma dan mengucapkan tahniah sambil mengatakan dia tak sabar nak tengok wajah anak Emma.
Ini tulis Alvin Choong: “Tahniah di atas kelahiran baby pertama, your first born Shazli dan Emma. Tak sabar rasanya nak jumpa dengan the handsome baby boy”.
Tak lama kemudian, Emma Maembong ada muatnaik video di ruang IG stories miliknya yang maan Alvin Chong telahpun datang melawat mereka sekeluarga.
Dari video yang dimuatnaik itu, Alvin telah mendukung baby Emma Maembong. Memang dah ada gaya dah macam ayah.
Ini kata Emma di video berkenaan: “Tengoklah siapa yang datang melawat tu, papa Alvin datang”.
Alvin kemudian berkata tak sangka sekejap je Emma dah bergelar ibu, dan berkata selepas ini akan ada seorang lagi pula, atau pun akan dapat kembar.
Emma Maembong memberi respon: “Insyaallah, lepas ni giliran Alvin pula ada anak, tu dah ada bakat tu pegang baby”.
Menerusi laman Ig miliknya, Alvin ada menulis dia kini dah mendapat restu untuk jadi bapa angkat kepada anak Emma dan Shazli itu.
Malah Alvin dilihat seperti tak sengaja mendedahkan nama anak Emma Maembong iaitu Shariq.
Ini tulis Alvin: “Dah dapat restu jadi papa angkat, sayang Shariq sangat-sangat”.
Wah sedap juga nama Shariq tu. Tahniah buat Emma Maembong dan juga Shazli di atas kelahiran anak sulung ini.