Anak menangis, Rossa Sera mahu Shuk jalankan tugas sebagai bapa

4,353 views

Sebelum ini isteri kepada Shuk Sahar iaitu Rossa Sera ada muatnaik video anak bongsunya mengalirkan air mata.

Dikatakan ianya kerana anak kecil baru berumur dua tahun it terlalu rindukan ayahnya, Shuk Sahar.

Sera menyatakan dia tak pernah sekalipun mahu memutuskan hubungan Shuk dengan kedua-dua orang anak-anaknya itu.

Yang penting Shuk Sahar haruslah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.

Fokus utama Rossa Sera kini ialah mahu menuntut hak anak-anaknya.

“Hubungan mereka anak beranak tetap sama, hubungan sebagai seorang bapa dan anak kandung. Air yang dicincang memang tak akan putus. Saya harap dia akan jalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa yang baik kepada du aornag anak kami iaitu Aimi dan juga Ain.”

“Ketika ini, saya bukannya mahu mengejar cinta dah, saya lebih kepada mahu menuntut hak anak-anak saya.”

Menggalas tugas menjadi ibu dan juga bapa, Sera kini mendapatkan punca pendapatan dengan membuat review di Instagram dan juga menjadi duta produk.

“Syukur sangat, rezeki saya masih ada, dan semkain luas. Jadi saya mahu fokus pada anak-anak. Saya kini mengharapkan pendapatan dari buat review, model kepade produk.”

“Dalam masa nak raya ni, banyak persiapan yang saya nak buat. Apabila dipilih menjadi wajah untuk produk bernama Inayah Beauty, ianya salah satu penyumbang saya untuk teruskan kehidupan.”

“Ianya merupakan salah satu pendapatan terbesar saya dan juag untuk anak-anak. Buat masa ini, mampulah saya untuk sara anak-anak.”

Rossa Sera turut memberi ucapan khas kepada wanita yang dikatakan ada hubungan dengan Shuk Sahar.

“Buat wanita tersebut, selamat berbahagia di atas penderitaan orang lain.”

Shuk Sahar dan Rossa Sera disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tahun 2015 dan kini mempuyai dua orang cahaya mata iaitu Ain (5 tahun) dan Aimi (2 tahun).

18 Mac lepas, Rossa Sera hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dan menjadi tanda tanya apa status hubungannya dengan Shuk, namun sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan.