Anak Sakinah terbuang air kecil di sofa rumah Noor Nabila, Shiera beri penjelasan

67,699 views

Hari ini telah viral satu video menunjukkan anak kepada Sharifah Sakinah terbuang air kecil semasa tidur di atas sofa ketika berada di rumah kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila. 

Dari video itu, Nabila dilihat sedang membersihkan sofa berkenaan setelah kejadian disedari mereka. 

Melihat ruangan komen, rata-rata memberi komen yang kurang baik di atas kejadian berkenaan. 

Bukan itu saja, Sakinah turut terkena tempiasnya kerana ada yang melabel bagaikan tak reti menjaga anaknya. 

Kakak kepada Sakinah iaitu Sharifah Shahirah akhirnya tampil memberi penjelasan tentang video yang viral itu. 

Sharifah Shahirah atau Shiera rasa sedih melihat anak buahnya itu iaitu Anais Adha yang baru berumur 6 tahun menerima komen kurang enak seperti itu.  

Jelas Shiera, apa yang berlaku itu merupakan kesilapannya juga. Ini kerana dia yang membawa anak buahnya itu datang ke rumah Nabila pada jam 10 malam. 

Waktu itu sudah pun lewat untuk anak Sakinah yang sudah terbiasa untuk tidur awal sekitar jam 8 setengah malam. 

Shiera akui terlupa untuk meminta Anais Adha untuk buang air terlebih dulu sebelum tidur.  

Ini komen dari Shiera tentang kejadian ini.  

“Saya repost semula dari video yang diviralkan, dan saya pun ada baca setiap komen yang ditulis.”  

“Oleh itu, untuk elak dari kalian semua cakap hal yang tak benar, saya kena jelaskan hal sebenar.”  

“Anak Sakinah ni dah biasa tidur awal, tapi kami pula datang ke rumah Nabila pukul 10 malam. Kita pula boleh terlupa sebelum tidur dia patutnya ke tandas dulu.” 

“Anais ini seorang anak yang sangat disiplin, tidur awal jam 8 setengah malam. Tapi kita pula bawa dia pergi jalan malam-malam, oleh itu dia tertidur di atas sofa bila tiba di ruamh Nabila.” 

Shiera menambah, dia sebagai orang dewasa pun pernah terkucil jadi janganlah terus berkat ayang tak baik kepada anak kecil itu.  

“Aku ni pun pernah terkucil semasa tidur, apatah lagi ni budak kecil. Oleh itu berhentilah komen cakap budak enam tahun buang air bersepah.” 

“Syukur sangat, alhamdulillah anak Sakinah ni memang bijak dan dia boleh fikir untuk kencing di tandas dan amat berdikari budak ni.” 

Sementara itu, Noor Nabila dilihat tenang saja, dan berkata anaknya pun jenis yang terbuang air kecil juga.

Dalam video, Noor Nabila telah menggunakan vacuum pembersih sofa untuk membersihkan sofanya itu.

Ini videonya:

Itulah penjelasan dari Sharifah Shahirah ekoran video anak kepada Sharifah Sakinah terbuang air kecil di sofa rumah Noor Nabila.