Anak sulung baru 10 bulan, Tasha Shila umum hamil anak kedua, tahniah!

2,506 views

Satu berita baik telah disampai oleh pelakon Tasha Shilla apabila kini sah hamikl anak kedua. Dari laporan, usia kandungannya sudah masuk tujuh minggu.

Anak pertama Tasha Shila baru masuk umur 10 bulan, dan ternyata Tasha dikurniakan rezeki apabila bakal menerima seorang lagi ahli keluarga baru.

Ini caption yang ditulis oleh Tasha Shila di laman Instagram miliknya.

“Salam semua, syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi. Satu perkhabaran yang amat gembira untuk kami satu family, iaitu kehamilan yang kedua untuk saya.”

“Di hari Jumaat yang mulia ini saya harap semua dapat mendoakan agar perjalanan ini akan berjalan dengan lancar dan baik. Jaga diri semua dan semoga semua berjaya di dunia dan juga di akhirat.”

“Kepada semua pasangan yang sedang mencuba dan masih menanti, semoga pada masa yg akan datang dihadiahkan amanah Tuhan ini.”

Menerusi laporan Mstar, Tasha Shila mengatakan dia tak sedar sebenarnya sedang berbadan dua.

“Saya tak sedar diri ini sedang hamil. Sebenarnya sebelum ini tiba-tiba saya memang ada tercakap, terlepas cakap ayat ‘hamil juga’.”

“Masa tu suami kata pelik mengapa saya cakap ‘hamil juga’. Maybe anak dalam kandungan seakan nak bagitahu dia dah ada.”

“Saya pun akui pelik terlepas cakap macam tu. Oleh itu kami beli alat pengesan kehamilan dan kemudian buat pemeriksaan di sebuah klinik.”

Tasha Shila juga mengatakan, dia memang ada nampak anak sulung iaitu Raes Zander, 10 bulan, selalu saja menghisap ibu jari kaki.

“Ada orang nampak anak pertama saya ini selalu saja gigit ibu jari kaki. Orang kata itu petanda dia dah nak dapat adik.”

Ketika ini, keutamaan Tasha Shila sudah tentu fokus kepada familynya. Memang pernah merancang untuk buat comeback, namun kini terpaksa tangguhkan.

“Keutamaan saya ialah keluarga saya. Ada pernah fikit nak kembali berlakon jika anak sulung dah masuk dua tahun, namun kini kenalah tangguh.”