Kenapa sebut pasal projek besar semasa minta maaf pada Anuar Zain, ini respon Vida

10,158 views

Susulan satu komen dari Datuk Seri Vida yang melibatkan nama Anuar Zain, ahli perniagaan ini akhirnya meminta maaf kepada penyanyi berkenaan.

Secara terbuka, Datuk Seri Vida memohon maaf atas khilaf yang dilakukan. Dari video berkenaan, Vida menyatakan itu adalah video lama dan dia tersalah cakap.

Vida juga memaklumkan dia mahu berjumpa dengan Anuar Zain dan memasang niat untuk membuat projek besar bersama Anuar Zain.

Kerana kenyataan itu juga, sekali lagi netizen pelik dan mempersoalkan niat Datuk Seri Vida.

Ada yang mula tertanya apa maksud projek besar, adakah benar ikhlas permohonan maaf dari Vida itu, atau hanya mahu menggunakan publisiti untuk melakukan projek lain.

Menjawab persoalan dari netizen, ini jawapan dari Vida.

“Saya tak boleh dan tak mahu bercakap lebih-lebih. Memang ada perancangan tetapi itu nanti dululah. Saya memang ikhlas mohon maaf. Kalau ada yang mempertikaikan permohonan maaf saya itu, kita tak boleh halang. Hanya Tuhan saja yang tahu kan.”

Vida turut berkata sekali lagi dia memang sesali apa yang diungkapkan itu.

“Saya benar-benar menyesal percakapan dan perbuatan itu. Saya mungkin sebenarnya bergurau secara kasar, tak kena pada tempatnya, tak sengaja pun. Saya pun ada bersahabat dengan golongan seperti itu.”

Ditanya pula kenapa Vida menutup ruangan komen di video permohonan maaf itu, ini pula jawapan darinya.

“Saya tutup dan off komen di entry permohonan maaf itu sebab tak mahu netzien dan follower terus menerus menerus memberi komen tak baik. Dari semua hanya tambah dosa kering berkata tentang saya, lebih baik saya off komen.”

Itulah kenyataan lanjut dari Datuk Seri Vida tentang pertanyaan tentang projek besar dengan Anuar Zain serta mengapa dia menutup ruangan komen di Instagram miliknya itu.