Apa jadi Aliff Aziz dan Zamani di minggu ke enam, ini kenyataan Tok Ram

10,631 views

Untuk minggu ke enam All Stars Gegar Vaganza, beberapa peserta dilihat tak dapat menepati citarasa para juri. 

Antara yang paling ketara ialah dua peserta yang berada di kedudukan terbawah iaitu Aliff Aziz, dan juga Zamani. 

Vokalis kumpulan Slam, iaitu Zamani, akhirnya telah diumumkan untuk tidak menerima lagu pada minggu akan datang, sekaligus menjadi peserta yang ke lima tersingkir. 

APA JADI DENGAN ZAMANI

Bercerita tentang persembahan Zamani yang membawakan lagu Kau Pergi Jua, juri Dato Syafinaz berkata, nyanyian penyanyi berkenaan dilihat bagaikan tak cukup pernafasan. 

Malah Syafinaz juga ada tertanya tanya sama ada Zamani tidak sihat. 

Namun Zamani berkata dirinya dalam keadaan sihat saja. 

Dato Ramli atau Tok Ram menjelaskan apa yang terjadi tentang persembahan Zamani. 

Jelasnya, Zamani memang gagal membawa persembahan yang baik, dan paling ketara ialah seringkali tertinggal tempo kerana sebutannya agak lambat. 

“Kedudukan yang amat lemah dari 12 orang peserta. Dah banyak minggu berlalu, bagi saya, dia bagaikan ada isu untuk habiskan sebutannya.” 

“Kalau sebut macam lambat nak habis. Bila dah lambat, yang depan dah menunggu.” 

“Jadi terus nafasnya jadi kelam kabut. Tempo minta untuk cepat sikit. Nyanyiannya tak selari. Banyak isu teknikal.” 

Itulah penjelasan dari Tok Ram tentang persembahan Zamani. 

APA JADI DENGAN ALIFF AZIZ

Sementara itu, tentang Aliff Aziz pula, ini penjelasan dari Tok Ram, mengapa mendapat markah yang begitu rendah. 

“Macam yang semua dengar sendiri kan, banyak kelemahan, banyak error masa nyanyi tu.” 

“Tapi dia dah pun cuba yang terbaik.”  

“Namun jelas muzik dia tu dah makan dirinya sebagai penyanyi. Jadi Aliff dah tenggelam.” 

“Nyanyian banyak yang bersepah dan tak proper, nyanyiannya memang tak okey.” 

Sementara itu, Tok Ram juga nafi bahawa ada beberapa penyanyi yang menjadi anak emas, dan antara nama yang dipetik ialah Hady Mirza dan juga Aliff Aziz.