Kedudukan, markah para peserta All Stars Gegar Vaganza minggu ke-6 - News Tel

Kedudukan, markah para peserta All Stars Gegar Vaganza minggu ke-6

49,611 views

Minggu ke enam Gegar Vaganza musim ke sepuluh yang dikenali dengan nama All Stars Gegar Vaganza, telah berlangsung pada malam Ahad, 30 Oktober 2023. 

Untuk minggu ini, seramai 12 peserta masing-masing mempersembahan terbaik mereka untuk meneruskan saingan ke minggu seterusnya. 

Pentas dimulakan dengan nyanyian rancak dari pengacara Nabil yang membawa lagu Back Street Boys manakala Jihan membawa lagu Spice Girls. 

Markah peserta paling tinggi pada minggu ini milik Liza Hanim, dan ini kali kedua berturut turut beliau menduduki tempat pertama. 

Liza, 43 tahun, menyanyikan lagu Rembulan dari Krisdayanti dan berjaya memikat hati juri.  

Nyanyiannya telah mendapat pujian dari juri bonda Hetty Koes Endang dan telah menerima markah sebanyak 76.75 peratus dari para juri. 

Tempat kedua pula jatuh kepada Hady Mirza dengan markah 76.50 peratus, yang membawa lagu dari Hael Husaini berjudul Hati. 

Persembahan Hady Mirza dilihat amat bertenaga sekali, malah turut disertakan sekali tarian darinya. 

Azharina pula melengkap top 3 untuk minggu ini dengan nyanyian bersahaja semasa menyampaikan lagu Bilang Saja yang dipopularkan oleh Agnes Monica. 

Untuk kedudukan tiga terbawah, Noryn Aziz mendapat tempat ketiga terakhir, yang mana ini kali kedua berturut turut buat Noryn. 

Buat pertama kalinya, Aliff Aziz mendapat tempat kedua terendah dengan markah hanya 62 peratus. 

Kata Tok Ram, nyanyiannya membawa lagu Arjuna, kali ini memang banyak yang kurang. 

Tempat terakhir pula ialah vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani. 

Zamani yang membawa lagu Kau Pergi Jua tidak berjaya menyanyikan lagu dengan baik, dari kata pihak juri. 

Datuk Syafinaz mengatakan, amat jelas stamina amat kurang, dan mempunyai masalah pernafasan. 

Tok Ram juga akui hal ini dengan menyatakan Zamani agak lambat untuk melafazkan sebutan. 

Oleh itu pada minggu ini, Zamani diumumkan telah tersingkir. 

Ini kedudukan serta markah penuh para peserta All Stars Gegar Vaganza minggu ke enam. 

Untuk minggu ke tujuh, para peserta diberikan lagu dengan tema Kau Ilhamku, iaitu lagu dari para ikon industri seni. 

Latest from Hiburan


Datuk Yusof Haslam tak dapat tahan air mata bila bercerita tentang Syamsul Yusof

4,127 views

Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Patimah dilihat selalu saja memberi sokongan kepada Puteri Sarah Liyana di dalam isu melibatkan anaknya Syamsul Yusof, yang kini sedang berbahagia bersama isterinya Ira Kazar. 

Walaupun selalu menyokong Puteri Sarah, sebagai ibu bapa, Yusof menjelaskan, dia sebenarnya sentiasa mendoakan anak-anaknya untuk berjaya di dunia dan juga akhirat. 

Melalui satu luahan di Melodi hari ini, pengarah dan juga penerbit ini meluahkan rasa sayu ketika ditanya tentang anaknya itu. 

Jelas Yusof Haslam, dia pun tak ingat, bila kali terakhir bertemu dengan Syamsul. 

“Kali terakhir jumpa, saya pun dah tak ingat dah. Lama juga.” 

“Setahun yang lalu, masa mak mertua saya sakit, dia ada datang rumah, masa tu mak Syamsul hubungi dia dan dia pun datang. Ketika itu saya ada jumpa dia dan berbual sekejap saja.” 

“Itu yang terkahir. Sebelum tu, memang dah lama dah, bertahun tak balik.” 

“Bagi saya tak apalah. Mungkin sebagai anak ada hal yang dia kurang berpuas hati.”  

Sebagai ayah, Yusof Haslam tetap memberi ruang kepada anaknya itu. 

“Bagi saya, dia sentiasa diberi masa, terserah kepada Syamsul, untuk balik jumpa dengan emak dia. Tapi kalau tak mahu juga, terserahlah, tepuk dada tanyalah selera.” 

“Kami berdua dah nak masuk umur 70 tahun, jadi kita pun tak tahu bila kita akan tiada lagi. Rakan dalam industri saya pun ramai yang dah pergi.” 

Datuk Yusof kemudian ada menyatakan agar Syamsul jangan tunggu terlalu lama. 

“Janganlah tunggu sampai ibu ayah kau dah tak ada nanti, baru nak cari.” 

“Jangan anggap apa yang papa dan mama luahkan tu, sebagai mahu rendahkan kamu, tidak sama sekali.” 

“Kita sentiasa doakan yang baik-baik buat Syamsul.” 

“Papa rasa jiwa kamu akan lebih tenang jika kamu berbaik dengan ibu kamu, dan juga dengan keluarga.” 

“Wang ni bukanlah segala-galanya.” 

Ditanya sama ada rindu dengan anaknya itu, Datuk Yusof tak dapat menahan sebak, lantas mengalirkan air matanya. 

“Sudah tentu kita sayang anak kita, tak ada istilah kita tak suka dengan anak sendiri.” 

Tangisan Yusof Haslam apabila berbicara tentang anaknya itu membuat ramai yang turut sayu. 

Ini video penuh tangisan Yusof Haslam di Melodi. 

Semoga Syamsul Yusof akan terbuka hati selepas ini, dan kembali berbaik baik dengan ibu bapanya Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah, serta keluarga. 

Go to Top