Apa kes Shahrol Shiro dan Dato Hans Isaac, berbalas-balas kenyataan

1,797 views

Bermual dengan satu video tentang kisah politik yang berlaku di negara jiran Indonesia , Dato Hans Isaac dan Shahrol Shiro telah berbalas komen.

Siapa yang makan chili, dialah yang terasa pedas.” Tulis Hans Isaac di satu video yang dimuatnaik menunjukkan satu video yang boleh dikaitkan dengan dunia politik.

Namun Shahrol Shiro mengatakan bahawa video itu ditulis bagai ditujukan kepada PM baru Malaysia iaitu Dato Seri Ismail Sabri, kerana membariskan barisan cabinet yang lebih kurang sama seperti terdahulu.

Kata Shahrol, sudah tentu seseorang itu akan pilih mereka yang difikirkan selesa untuk bekerja bersama untuk menerajui sesuatu organisasi.

Sebagai pemimpin diperlukan barisan yang dia fikir layak dan senang kerjasama untuk jayakan sesuatu agenda.Contohnya kalau abang Hans jadi pemimpin, antara Afdlin Shauki dan saya, mana yang banag pilih, sudah tentu akan pilih Afdlin Shauki.

Brother Hans Isaac, jelas video itu berkaitan tentang presiden Indonesia mencari barisan menteri dengan bertanya soalan dua kali dua. Mana mungkin negara Indonesia fikiran hanya seperti itu. Ianya jelas ditujukan kepada Dayo Seri Ismail Sabri apatah lagi ianya dipost selepas pengumuman barisan kabinetnya.

Shahrol yang juag merupakan Exco Pemuda di negeri Johor, berkata dia memang hirmati Hans Isaac sebagai seroang senior dalam bidang seni, tetapi tidak untuk dunia politik.

Saya respect awak sebagai senior industri seni namun dalam politik tak ada senior atau junior tapi yang ada ialah kualiti pemikiran dan gerak kerja.

Maaf Hans Isaac, saya yakin kamu tak akan koyak sebab dah ada dalam dunia politik yang mana ianya bukan untuk mereka yang berjiwa tipis.

Dato Hans Isaac tak duduk diam, pelakon dan pengarah ini juga ada memberi respon balas, dan mengatakan sudah tentu Shahrol akan back up parti yang disertainya.

It’s okey brother. You boleh explain apa pun, ianya hak kamu bro. Harapnya kamu okey dan tidak rasa goyang dengan posting itu. Saya dah tak fokuskan pada posting itu pun. Saya ikhlas. You have to defend Barisan Nasional. Saya faham, all the best.

Hans Isaac juag menerangkan intipati video itu sebenarnya bukanlah kepada pemilihan cabinet tetapi cara pemikiran individu dalam video tersebut yang amat dikagumi oleh Hans Isaac.

Saya ada upload video pidato seorang ilmuan hebat yang ada karisma yang tinggi. Bila saya tonton, saya dapat tengok betapa hebat fikirannya.

Namun menerusi satu komen oleh sahabat saya Shahrol Shiro, dia telah kaitkan video itu dengan pemilihan kabinet YAB Perdana Menteri baru-baru ini. Jujur saya katakan, ianya sangat tersasar. Mungkin isinya dalam pidato itu sebut tentang soal perlantikan menteri namun konteks sebenar ialah kepada ilmu politik.

Kepada sahabat saya Sharol Shiro, tenang saja. Kalau ada impian tersirat, takkan lari gunung dikejar. Dalam norma baru ini, silalh amalkan duduk berbincang, bukanny anak menyerang tanpa pedoman. Malaysia perlukan pemimpin yang terbuka.

Itulah kisahnya yang berlaku antara Shahrol Shiro, yang merupakan ahl UMNO dan juga Hans Isaac dari Keadilan.