“Apa permainan dia” Ini kenyataan penuh Noh tentang kes anak angkatnya, Musa

1,787 views

Hari ini, Noh vokalis kumpulan Hujan dan bekas isteri Mizz Nina telah jalani proses sulh di mahkamah berkenaan hak jagaan anak angkatnya. 

Noh dilihat hadir ke mahkamah manakala Mizz Nina diwakili oleh suami barunya iaitu Essam. 

Setelah setelah proses perbincangan di mahkamah, Noh akhirnya mengeluarkan kenyataan kepada pihak media yang sedang menunggunya di perkarangan mahkamah. 

Jelas Noh, dia amat terkejut apabila Mizz Nina telah menarik semula kes dan kes sulh itu tak berlaku. 

“Saya memang terkejut, dia (Mizz Nina) minta saya untuk datang ke mahkamah kemudian dia pula yang tarik kes.”  

“Proses Sulh pun tak terjadi. Oleh itu kena tunggu esok di depan hakim pula.” 

Noh berkata dia tak tahu menahu mengapa Nina menarik kes hak jagaan ke atas Musa itu. 

“Saya perlu jawab tuduhan dia, tak adil di sebelah pihak saya, apa sebenarnya permainan dia?” 

“Memang saya hanya mahu kebaikan untuk Musa.” 

“Tak ada perjanjian hak penjagaan untuk Musa, kalau ada sila tunjukkan. Surat yang dikatakan tu hanya SD saja, tak boleh dipakai untuk kes ini dan surat itu sudah ditarik balik semula.” 

Noh menyatakan dirinya bagai dianiaya dan mahu kebenaran serta nafi telah menculik Musa.  

“Semoga ada kebenaran sebab saya ni dah dianiaya di depan khalayak ramai, saya hanya mahu kebenaran.”  

“Saya tak menculik Musa, masa itu saya ada buat show di Sabah. Kalau saya culik saya akan sorok. Tetapi saya tunjuk bahawa Musa ni ada dengan saya. Saya juga mencari Mizz Nina untuk berbincang.” 

Jelas Noh lagi, dia hanya mahukan anak angkatnya itu dijaga bersama, demi kebaikan Musa juga.  

“Jikalau boleh mahu jaga bersama-sama, dah ada sebab saya buat begitu. Saya tidak akan suka-suka masuk hal rumah tangga orang.” 

“Itu memang bukan anak dia, Musa itu anak kepada Wan Nuraisyah Athirah. Saya sudah dapat surat pengesahan daripada ibu kandung Musa.” 

Ini video penuh komen dari Noh dan juga penguamnya setelah proses di mahakah seleasi pagi tadi. 

Peguam pula berkata, tentang dokumen hak penjagaan, sebenarnya ada dua nama, iaitu nama Nina dan juga nama Noh.  

“Dokumen penjagaan tu ada dua nama, satu nama Noh dan satu nama Mizz Nina. Jadi tiada isu. Tiada dokumen penyerahan, hanya yang ada dokumen penjagaan.” 

“Maka dua-dua ada hak, isunya sekarang hak itu ada pada siapa. Siapa yang menidakkan siapa?” 

Itulah perkembangan terkini kes anak angkat kepada Mizz Nina dan juga Noh Salleh, atau Noh Hujan.