Kisah antara Ali Puteh dan kakak kiparnya, Hidayah, kini mula jadi bualan semula.
Dalam satu kenyataan di portal Mstar, Ali Puteh ada menyatakan bahawa Hidayah dah pun terima bahagian faraidnya, peninggalan arwah Abam.
Jelas Ali, kini yang urusan yang belum lagi langsai dengan Hidayah ialah hutangnya, iaitu gantirugi seperti mana yang diarahkan oleh mahkamah.
“Yang belum selesai, ialah hutang, saya kalah mahkamah. Itu saja.”
“Sebelum kata saya makan harta anak yatim, duit faraid lah, harta peninggalan abang, ni kepada semua rakyat Malaysia, isu faraid semua dah selesai.”
“Urusan faraid dah pun selesai pada bulan lepas, Hidayah dah pun terima pembayaran bahagiannya. Dah pun masuk dalam akaun.”
“Namun sehingga kini, dia tak ada pun cerita tentang hal itu. Sekurangnya buat la satu video, cakap dah selesai faraid. Dulu tiga tahun dulu, buat video, kata itu tak dapat, ini tak dapat.”
“Kepada bekas kakak ipar saya ni, sudah-sudahlah, hentikanlah keluarkan artikel yang boleh buat orang pandang rendah pada saya.”
Ali Puteh berkata, kini dia dalam proses untuk mengumpulkan wang untuk membayar hutang kalah saman Hidayah itu.
Ini video penuh:
REAKSI DARI HIDAYAH, MALAS LAYAN
Hidayah ada memberi respon setelah kenyataan dari Ali Puteh itu setelah ianya mula diperkatakan.
Balu arwah Abam ni, menyatakan dia malas mahu melayan isu berkenaan.
“Malas nak layan.” Tulis Hidayah.
Hidayah kemudian muatnaik semula, rakaman temubual yang pernah dibuat di Melodi pada tahun lalu.
RESPON ALI, KENA AHIDAYAH MALAS LAYAN
Oleh kerana Hidayan dilihat tak mahu layan, Ali kembali menulis reaksi kakak iparnya itu.
Ali berkata, Hidayah tidak mahu layan kerana kini dia dah pun terima bahagian faraidnya.
“Memanglah malas layan sebabnya dah pun terima (bahagian faraid) pada bulan lepas. Tak dapatlah nak meroyan memburuk-burukkan orang.”
“Makna nya aku ni memang tak makan harta anak yatim macam kau tuduh dulu. Lepas tu dah dapat jawab malas nak layan.”
Ini tulisan dari Ali.
Maka selesai sudah urusan faraid arwah Abam, bahagian keluarga Abam dan juga bahagian Hidayah dan anak dah pun selesai.
Kini yang belum lagi langsai ialah hutang setelah Ali diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM60ribu kepada Hidayah setelah Hidayah menang kes saman fitnah terhadap Ali Puteh.