“Apa yang korang buat dekat aku ni..” Fathia Latiff

11,609 views

Baru-baru ini Fathia Latiff telah membuat satu kenyataaan yang agak mengejutkan ramai. 

Ianya berkaitan dengan satu video yang mana Fathia dilihat ada mengingatkan netizen di luar sana. 

Pelakon ini memberi amaran kepada netizen yang kerap kali mengkritik dan mengecam dirinya. 

Katanya, jangan sampai dirinya bertindak untuk keluar dari agama kerana mereka yang sering mengata diri Fathia. 

Jelasnya jika dia berbuat sesuatu kerana berang dengan orang lain, dirinta tidak berdosa. 

“Korang jangan sampai aku ni keluar dari agama kerana korang tau. Apa yang korang buat dekat aku ni.” 

“Aku pergi minum arak ke, aku ni pakai short pants ke, aku dah jadi kafir ke, tapi kerana aku bengang dengan korang, aku tak berdosa tau.” 

Tambah Fathia lagi, punca yang menyebabkan dia keluar agam atau berubah itu, ibadahnya tak akan diterima.  

“Jangan sampai kau buat beribadah selama 100 tahun pun tak berguna tau. Ini kerana korang dah buat seorang saudara atau saudari korang ni dah jadi seperti ni.” 

“Allah memang boleh memaafkan, tetapi kalau manusia belum tentu dia boleh memaafkan. Salam Ramadhan lah, kesian.” 

Video ini dimuatnaik di laman Tiktok baru-baru ini dan terus mendapat perhatian meluas. 

@fatiyalatiff_1992 #fyp #fypシ ♬ original sound – FL

Sebelum video ini, Fatiya ada juga beberapa kali meluahkan rasa kurang senang dengan beberapa individu dari kes lain. 

Katanya ada individu yang cemburu dengannya selain ada pihak polis yang telah salah guna kuasa ke atas dirinya. 

Isu Fathia Latiff mula menjadi bualan sejak beberapa bulan ini setelah dia melabel wajah Zahirah Macwilson umpama seorang bibik. 

Namun Zahirah Macwilson dan juga suaminya Aiman Hakim Ridza, langsung tidak melayan mahupun membalas sebarang kenyataan yang dibuat oleh Fathia Latiff.