Apabila Neelofa try nyanyi rap, sekali dah macam berzikir kata Pu Riz

3,272 views

Antara pasangan suami isteri yang paling menjadi tumpuan di Malaysia ni dah tentunya Neelofa dan Pu Riz.

Memang seringkali ada banyak isu yang mereka berdua ni terlibat, dan satu Malaysia suka dengan kisah pasangan popular ini.

Sama cantik sama padan, menjalin hubungan ke jalan yang diredhai serta hebat dalam bidang perniagaan, Neelofa dan Pu Riz memang mempunyai ramai peminat.

Apa saja yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini dah tentu jadi tumpuan ramai.

Baru-baru ini, Neelofa dan Pu Riz ada tampil secara live menerusi aplikasi Tiktok bersama pemyanyi Sufian Suhaimi.

Ketika sesi live itu, Sufian Suhaimi ada menyanyikan secara langsung lagu popularnya iaitu Di Matamu.

Turut sama-sama mengiringi nyanyian Sufian Suhaimi itu ialah suara Neelofa yang berkata kata umpama rapper di latar belakangnya.

Akan tetapi, cara Neelofa yang berkata kata macam rap itu mendapat gelak tawa dari kedua Sufian Suhaimi dan juga Pu Riz serta para penonton.

“Dia rap pulak dah, kaka Lofa ni dah rap pulak.” Kata Pu Riz.

“Cepatlah I suka buat latar belakang.” Kata Neelofa pula.

Ini video penuh sesi live ketika part Neelofa nak rap tu.

Memang lawak dan terhibur melihat aksi ketiga tiga selebriti ini. Memaang ramai netizen yang turut bergelak ketawa melihat video ini.

Ini pula antara komen dari peminat yang menontin live berkenaan.

“Apabila kak Lofa ni nak rap sekali dah macam berzikir pula haha, masuk air betul dia ni. Bilal pun nak jadi back up singer jugak dekat belakang tu.”

“Dia nak cuba nyanyi rap tapi bunyinya dah membaca, risau sangat dah ni. Cute betul Lofa ni, suka dorang bertiga ini.”

“Macam tengah zikir istifar kata Ustaz Haris haha. Lofa pandai ke nak rap tu.”

“Seronok sedap ustaz membahan Lofa hari ni, penat gelak tengok korang bertiga ni.”

Itulah antara reaksi dari peminat setelah mendengar cubaan Neelofa untuk nyanyi rap.