Datuk Yusof Haslam pujuk Syafiq Yusof “Saya ada tanya kenapa dia cakap macam tu”

23,774 views

Datuk Yusof Haslam mempunyai dua anak lelaki yang merupakan pengarah filem yang hebat. Yang pertama dah tentu semua pun tahu iaitu Syamsul Yusof, nama yang tak perlu nak diperkenalkan lagi dan sedang mengecapi kejayaan menerusi filem Mat Kilau.

Yang kedua pula iaitu Syafiq Yusof, seorang pengarah yang merendah diri dan tak terlalu menonjol berbanding abangnya itu.

Syafiq Yusof sebelum ini turut meluahkan rasa rendah diri jika nak dibandingkan dengan ayah dan juga abangnya itu.

Melabel tidak punyai kelebihan serta tiada golden touch seperti Datuk Yusof Haslam dan abangnya, Syamsul, akhirnya Datuk Yusof sendiri tampil memberi komen.

Tidak melebihkan sesiapa, Datuk Yusof Haslam sentiasa kepada anak-anaknya.

Melalui kata-kata yang dilihat memujuk, dan membakar semangat, sudah tentu hati Syafiq Yusof akan sejuk setelah mendengar sendiri kata-kata dari ayahnya ini.

Ini komen dari Datuk Yusof Haslam tentang Syafiq.

“Bagi saya, Syafiq ini dia sebenarnya terlalu merendah diri. Dah tentu dia ni pun sebenanrya ada golden touch. Sentuhan emas dalam kelasnya yang tersendiri.”

“Nukilan filem-filem dihasilkan Syafiq boleh dikatakan tiga suku atau 80 percent, semuanya success dan berjaya box-office.”

“Maybe ada satu dua filem dari dia yang heavy sikit dan perlukan mencabar minda dan kurang mendapat sambutan macam dilem Desolasi.”

“Tapi saya tetap berbangga kerana sungguhpun kurang mendapat sambutan tetapi dia berjaya hasilkan sebuah filem yang merupakan idea yang diluar kotak.”

“Mungkin dia buat tu, luah perasaan, bukan apa, mungkin dia lihat kejayaan abang dia tu amat luar biasa.”

“Tapi itu sebenarnya merupakan satu cabaran buat diri Syafiq agar buat lebih baik lagi. Bagi saya tak ada beza antara Syafiq dan Syamsul, Syamsul lebih kepada commercial.”

“Sementara itu, Syafiq ni lebih kepada urban dan mahu masuk ke era commercial kan. Dua-dua ni ada keistimewaan tersendiri, ada kelas tersendiri.”

Datuk Yusof Haslam sendiri ada berjumpa dan bertanay dengan Syafiq kenapa dia cakap seperti itu, dan ini jawpan dari Syafiq.

“Saya tanya Fiq kenapa cakap macam tu, dia kata takdelah Pa, saja suka-suka je lah Pa.”

“Tapi saya kata, Papa sentiasa bangga dengan kamu, sebab kamu ni bawa satu dimensi dan style yang baru.”

“Filem dia dapat sambutan juga, macam Abang Long Fadil dan Kl Special Force.”

Ini kata-kata pujukan serta kata semangat dari seorang ayah kepada anak.

“Kepada Syafiq, teruskan perjuangan, jangan mengalah, Syafiq seorang pengarah yang bagus dan antara terbaik dekat Malaysia ini. Abang (Syamsul) dan kau ni memang antara pengarah yang bagus. Do your best. Good luck Syafiq.”

Itulah kata dari Datuk Yusof Haslam kepada anaknya Syafiq Yusof.