Suami pemalu orangnya, akui Puteri Aishah cinta pertama, tak pernah bercinta sebelum ini

5,797 views

Pelakon Puteri Aishah selamat bernikah dengan suaminya Muhammad Firdaus pada 20 November lepas. Ramai memuji pasangan ini amat secocok bersama, bagai pinang dibelah dua.

Mereka berdua bijak merahsiakan hubungan sehingga ramai yang tak jangka. Alih-alih dah umum pernikahan. Aishah akui dia memang memilih untuk tak bercerita hal peribadi kepada umum.

Melalui laporan Kosmo, bercerita tentang bagaimana mereka berkenalan, Puteri Aishah memberitahu first time mereka bertemu ketika di stadium, tengok bola sepak.

Ianya berlaku kira-kira tiga tahun lalu, apabila rakannya membawa dan memperkenalkan Firdaus kepada Puteri Aishah ketika menonton perlawanan bola sepak di Stadium Bukit Jalil.

Selepas pertemuan kali pertama, Aishah akui, Firdaus memang pemalu orangnya dan kemudian mereka bertukar akaun Instagram. Dari Instagram, mereka bermula berhubung.

“Firdaus ni merupakan seorang yang pemalu dan tak biasa dengan perempuan. Dia tak pernah pun bercinta sebelum ini.”

“Kerana sikapnya yang agak pemalu, mula bertemu, kami tidak terus berkenalan sebaliknya hanya tukar akaun Instagram. Dari situ barulah start contact dan berhubung.”

Bagi Puteri Aishah, diia amat tertarik dengan Firdaus sebab dapat rasa dia seorang lelaki yang amat bertanggungjawab, ada sifat kepimpinan serta seorang yang sangat pemaaf.

Ditanya kepada suami Puteri Aishah yang lebih mesra disapa dengan panggilan Daus, dia akan sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya Puteri Aishah selepas bergelar isteri.

“Sebagai seorang suami, saya sentiasa akan sokong apa yang dia mahu lakukan. Sejak awal berkenalan pun, kami dah bincangkan hal ini. Saya memang tak ada masalah jika isteri nak teruskan kerjaya sebagai pelakon.”

Dalam pada itu, dengan sikap pemalu, Daus akui dia masih belum biasa dengan perhatian yang diberi oleh pihak media.

“Secara jujur saya tidak biasa lagi, lebih-lebih lagi dengan pihak media. Tapi apapun saya akan cuba buat yang terbaik.”

Ditanya apa yang membuatkan dirinya jatuh hati dan terpikat dengan Puteri Aishah, Firdaus memberitahu isterinya itu seorang yang kelakar dan tahu cara melayan dirinya.

“Contoh jika saya sedang dalam keadaan yang kurang baik, dia pandai buat saya tenang dan membuatkan kemarahan itu saya hilang.”

“Puteri Aishah merupakan cinta pertama saya. Pertama kali melihatnya, saya dapat rasakan dia merupakan bakal isteri saya suatu hari nanti.”