Aprena Manrose down rawatan IVF gagal, sempat nasihati sepupu Uqasha

6,303 views

Aprena Manrose kini dah 7 tahun berkahwin dengan pasangannya, Afiq Azman. Mereka berdua disatukan pada tahun 2016. 

Sungguhpun 7 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini masih lagi belum ada rezeki menimang cahaya mata. 

Bukan tiada usaha, sebenarnya Aprena dan suami sudah berusaha namun belum tertulis untuk ada rezeki. 

Yang terbaru, Aprena akui, dia pun ada jalani ratawan IVF pada bulan Disember tahun 2022. 

Akan tetapi ternyata, rawatan berkenaan tidak berjaya. 

Aprena kini dah lama berehat dari dunia lakonan kerana mahu fokus pada keluarga dan juga rawatan berkenaan. 

Sungguhpun rasa kecewa kerana gagal, namun Aprena tidak berputusa asa.  

“Saya ni rehat lama dari bidang seni kerana saya telah buat proses IVF pada hujung tahun lepas.”  

“Akan tetapi, masih belum ada rezeki untuk saya dan suami.” 

“Sejujurnya sara rasa down juga, sebab dah buat rawatan.” 

“Namun saya fikir, ini baru sekali saja, ada lagi orang lain yang dah buat banyak kali pun masih belum ada rezeki.” 

“Bagi saya, tidak mengapalah, baru sekali saja, jadi lepas dah rehat ni, saya akan kerja semula.” 

“Kalau ada rezeki nanti, saya akan buat rawatan semula.” 

Dalam pada itu, berkenaan isu yang melanda kepada sepupunya iaitu Uqasha Senrose, yang pernah menerima komen tidak boleh mengandung, Aprena ada memberi nasihat. 

Kata Aprena, dia nasihati Uqasha untuk kuatkan diri apabila berdepan dengan isu sebegitu.  

“Mulut orang ni kita memang tak boleh tutup. Memang kerana itu hati perasaan kita boleh terkesan.” 

“Kalau tak ada orang punya mulut ni, kita okey saja sebenarnya.”  

“Saya ni dah tujuh tahun kahwin, Uqasha pula baru dua tahun. Kalau tujuh tahun pun tak ada anak dan boleh sabar tahan mulut orang, Uqasha pun pasti boleh juga.” 

“Memang saya nasihati Uqasha apabila dia diperkatakan sedemikian rupa, sebab saya lagi kuat dari dia.” 

“Selalu saya pesan, dia baru dua tahun kahwin dan perlu kena bersabar.” 

“Kalau Allah nak bagi, nanti akan bagi dan kalau tidak, maksudnya belum masanya lagi.” 

Itulah nasihat dari Aprena Manrose kepada Uqasha Senrose. 

Aprena Manrose merupakan adik kepada Oktovia Manrose dan merupakan sepupu kepada Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.