“Kesian adik beradik tak boleh mengandung” Ini reaksi Uqasha Senrose

7,206 views

Sudah hampir setahun enam bulan, mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti terkenal, Uqasha Senrose dan Kamal Adli masih belum lagi dikurniakan rezeki cahaya mata. 

Kedua dua pelakon ini pun dilihat agak sibuk dengan urusan kerja masing-masing. 

Uqasha Senrose, 31 tahun, dan Kamal Adli, 37 tahun, dilihat aktif berlakon dalam pelbagai naskah termasuk frama dan juga filem. 

Hanya kerana masih lagi belum hamil, ada mulut yang tak ada insurance, menyatakan Uqasha Senrose ini mandul. 

Memang agak pedas ayat yang digunakan terhadap Uqash Senrose. 

Melalui satu temubual Melodi, Uqasha tampil memberi reaksi tentang isu ini. 

Katanya dia tiada terasa dengan apa yang ditulis tentang dirinya, tetapi merasakan ia agak berlebihan apabila menyentuh bab adik beradik.. 

“Secara jujur, saya tak ada terkesan dengan apa yang makcik tu cakapkan. Bagi saya, rezeki, soal zuriat itu semuanya dikurniakan oleh Allah.” 

“Anak pun dikira rezeki, dan ianya adalah satu takdir dari Illahi.” 

“Tapi apa yang buatkan saya terasa hati apabila dia sebut adik beradik. Bagi saya macam, eh kenapa nak sentuh adik beradik saya yang lain kan.” 

“Kalau diri saya, sebenarnya dulu pernah mengandung tapi tak ada rezeki, dan telah keguguran, jadi saya memang boleh hamil.” 

“Masa tu, cumanya, saya ni kuat kerja, jadi tak tahu diri saya telah mengandung. Saya boleh mengandung, tak ada siapa pun kata saya mandul ke apa.” 

“Tapi yang agak berlebihan apabila dia mengatakan, kesian adik beradik ni tak ada zuriat lagi.” 

Bagi Uqasha, rezeki anak itu telah ditetapkan. 

“10 tahun ke atau 20 tahun ke, tetiba diberi rezeki zuriat, kita tak tahu. Rezeki macam ni kita tak tahu bila.” 

“Sha tak nak cerita pasal makcik tu, saya tak naklah.” 

“Saya cakap ni bukan untuk diri saya, tetapi kepada semua wanita di luar sana juga yang terasa dengan komen seperti dari makcik itu.” 

Uqasha Senrose memberi nasihat agar sentiasa beradap dan berbudi bahasa ketika menulis sesuatu. 

“Jagalah adab, jaga budi bahasa, sebab apa yang dicakapkan itu boleh berbalik pada diri sendiri.” 

Itulah reaksi dari Uqasha Senrose apabila dirinya dan adik beradik dilabel sebagai mandul.