Anak Shuib berlari, gembira nampak Wan Sharmila

9,158 views

Nama pelakon Wan Sharmila yang lebih mesra disapa Lala dikalangan rakan-rakan, mula jadi sebutan sejak kebelakangan ini.

Pelakon berumur 40 tahun ini telah dikaitkan dengan pelawak dan ahli perniagaan Shuib Sepahtu, 37 tahun.

Semua kembali jadi bualan setelah Wan Sharmila hadir ke amjlis tahlil sempena setahun pemergian arwah Siti Sarah baru-baru ini.

Setelah hadir, ibu kepada Shuib Sepahtu iaitu Salmiah atau Amy, telah muatnaik gambar bersama Wan Sharmila.

Begitu juga dengan ibu tiri kepada arwah Siti Sarah iaitu Makder, turut muatnaik foto bersama pelakon berkenaan.

Yang menariknya, ibu Shuib mengguna pakai panggilan mama kepada Wan Sharmila, sekaligus membuatkan orang ramai bertambah teruja, sama ada Wan Sharmila benar-benar wanita yang dikaitkan dengan Shuib.

Selain itu, ada juga video yang menampilkan anak-anak Shuib kelihatan gembira dan begitu teruja setelah nampak kehadiran Wan Sharmila.

Video berkenaan dimuatnaik oleh Amy, ibu Shuib, yang mana anak-anak Shuib semuanya amat happy bila ternampak pelakon berkenaan.

Malahan, dua anak Shuib iaitu Talita dan Matin sampaikan berlari-lari nak mendapatkan pelakon berkenaan.

Sebaik saja sampai, mereka berdua terus saja memeluk Wan Sharmila yang baru keluar dari keretanya.

Dalam pada itu, Wan Sharmila juga sempat bertemu dengan anak bongsu Shuib dan arwah Siti Sarah iaitu baby Ayash Affan yang ketika itu di dukung oleh Makder dan juga Amy.

Di majlis berkenaan, Wan Mila meluangkan masa bersama keluarga Shuib dan dilihat mesra bersama ibu Shuib itu.

Melihat komen dari netizen, rata-rata amat gembira dan setuju jika Shuib dan Wan Sharmila menjalin hubungan bersama.

Kata Netizen, Wan Sharmila nampak amat lembut dan secocok dengan Shuib Sepahtu.