“Kau langsung tak hormat pengarah” Kak Ogy naik angin dengan pelakon baru

6,144 views

Pelakon baru Nina Smith menjadi perhatian selepas pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy naik angin dengannya. Ini gara-gara Nina Smith telah tarik diri dari sebuah drama yang sedang dalam proses penggambaran iaitu drama Bunga Hati terbitan Zeel Production.

Alasan yang diberikan ialah kerana kesihatan bapa Nina Smith yang kurang baik, dan Nina mahu pergi melihat ayahnya yang berada di United States of America.

Ini komen dari Kak Ogy tentang ini dari laporan Harian Metro.

“Saya ketahui hal ini dari group chatting drama ini yang mana dikatakan dia dah tinggalkan lokasi dan set sebab balik Amerika. Memang saya jadi geram sebab dia menyusahkan orang. Saya kata kenapa perlu bersikap macam ni, menyusahkan orang dan terus penggambaran kena buat semula.”

“Patutnya dia pun ada babak dengan saya tapi tak sempat buat sebab saya balik ke Kuala Lumpur untuk Festival Filem Malaysia.”

Jelas Kak Ogy, semua perkara kenalah diberitahu terlebih dulu agar tak susahkan mana-mana pihak. Sikap seperti pelakon ini memang tidak digemari oleh Kak Ogy.

“Saya tak suka dengan sikap seperti pelakon ini. Inikah yang banyak pihak agungkan dengan pelakon baru? Budak baru tak tahu, tak bijak dan tak faham dengan tugas serta tanggungjawab sebagai pelakon.”

“Kau kena dididik bahawa bukan sebab dah join bengkel sudah jadi pelakon. Orang macam ni kah yang patut kita nak agungkan.”

Sebernarnya Nina Sminth sebelum ini pernah sertai satu program iaitu Drama Festival Kuala Lumpur dan kemudian telah masuk ke bengkel lakonan yang diselia sendiri oleh Kak Ogy.

“Dia cakap sebabnya adalah kerana ayah dia sakit dan dua tahun dia tak balik tengok ayah. Saya cakap kalau dah tahu ayah sakit kenapa dia terima offer, memang keutamaan adalah ayah.”

“Kemudian dijawab pula dia tak tahu sebab dua tahun tak jumpa ayahnya sebab perintah kawalan pergerakkan. Dikatakan last jumpa ayah, dia okey lagi. Kini baru tahu ayah dah nazak.”

“Jangan nak mengarutlah dengan saya ni. Saya geram sebab makin teruk industri dengan sikap sebegini. Orang-orang macam ni yang naik dapat rating.”

Kak Ogy kemudian berkata dia tak takut nak bersuara dan berkata Nina Smith akui sudah membuatkan masa depannya sebagai pelakon pudar.

“Saya tak takut bersuara. Dan dia pun ada cakap dia tahu dia sudah menjahanamkan karier dia. Saya tanya dia semula, sebenarnya sebelum ini kau ada kerjaya ke dalam industry ni.”

“Memang marah sebab kau dah susahkan orang. Kau langsung tak ada rasa hormat kepada pengarah.”

Kak Ogy juga ada berkata penerbit boleh menyaman pelakon tersebut kerana melanggar kontrak. Kita tunggu kenyataan dari Nina Smith pula.