Athirah Yuhada ambil tindakan undang-undang terhadap Shuhada?

39,547 views

Nurul Shuhada Mat Shukri, bekas isteri kepada Hafidz Roshdi kini berdepan satu lagi dugaan apabila mengakui menerima surat tuntutan dipercayai daripada pihak ketiga. 

Pihak ketiga ini merujuk kepada wanita yang pernah dikaitkan dengan rumah tangganya sebelum ini. 

Shuhada mengatakan, ini susulan tindakannya membuat satu hantaran kepada pihak ketiga itu pada Februari lalu. 

Di hantaran pada bulan Februari tersebut, Shuhada ada mengucapkan terima kasih kepada pihak ketiga itu yang mengganggu rumah tangganya.  

Kerana tuntutan berkenaan, Shuhada meluahkan rasa bimbang kerana ini merupakan kali pertama dia berdepan saman seperti itu dan risau juga dengan jumlah ganti rugi yang perlu dibayarnya.   

“Hari ini hari ketiga Ramadhan, dan semalam saya telah dimaklumkan oleh peguam bahawa telah terima surat tuntutan daripada pihak ketiga.”  

“Pihak ketiga ini telah menuntut kerna tulisan saya di Instagram berkaitan ucapan terima kasih kerana menghancurkan hati saya dan anak-anak saya.”  

“Seharian semalaman saya susah hati ini sebab memang tak pernah ada pengalaman ke mahkamah. Gementar juga memikirkan jumlah tuntutan ganti rugi yang bakal dituntut itu.” 

Shuhada akui dia susah hati kerana tiada pendapatan sendiri sepanjang bergelar suri ruamh sebelum ini. 

Namun dia mahu bangkit dan mencari pendapatan sendiri buat masa sekarang ini.  

“Sewaktu saya menjadi suri rumah dulu, saya tak sangka perkara ini akan berlaku. Dulu, saya tak sedar bahawa pentingnya untuk ada simpanan buat diri sendiri. Sepatutnya saya perlu lebih bersedia kerana langit tak selalu cerah.” 

“Rasa bagai jatuh ditimpa tangga selepas proses penceraian, kes mahkamah syariah, kes keganasan rumah tangga dan kali ini kes yang ini pula. Tidak mengapa, saya akan bangkit.” 

Shuhada kini sibuk dengan perniagaan biskut keluarannya untuk menampung hidupnya selain mengambil upah untuk buat review di laman Instagram miliknya. Shuhada juga sudah diambil menjadi duta untuk beberapa buat produk.